Bahasa Melayu Tular Dalam Game Wolverine, Kenali Individu Yang Juga Rakyat Malaysia Ini

Natural pula tu lenggok bahasa dia!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @AzmanZulkiply (X) & X

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular klip-klip dari permainan video terbaharu Marvel's Wolverine memaparkan watak-watak NPC bercakap menggunakan bahasa Melayu

Menerusi perkongsian pelakon suara tempatan, Azman Zulkiply mendedahkan suara-suara tersebut telah disumbangkan oleh bakat-bakat tempatan warga Malaysia sendiri.

"Saya terlibat dalam projek Marvel's Wolverine sebagai Pengarah Suara Bahasa Melayu dan turut menyumbangkan suara bagi beberapa watak NPC di bahagian Madripoor.

"Atas sebab tertentu, tidak semua nama mereka dimasukkan ke dalam senarai kredit akhir, namun mereka sebenarnya terlibat dalam permainan ini.

"Diharapkan perkara ini dapat diperbaiki segera. Mereka wajar mendapat pengiktirafan dan saya ingin meraikan hasil kerja mereka!" katanya.

Bakat tempatan turut menyumbangkan suara untuk bahasa Mandarin dan Tamil

Menurut Azman, bukan bahasa Melayu sahaja dapat ditemui diguna pakai dalam permainan video ini malah bahasa Mandarin dan Tamil juga ada.

"Penghargaan tinggi buat bakat-bakat Malaysia di sebalik suara bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil.

"Marvel's Wolverine kini telah dilancarkan dan jika anda sedang bermain, terutamanya rakan-rakan rakyat Malaysia, pasanglah telinga apabila anda tiba di Madripoor. Anda mungkin akan terdengar beberapa suara yang biasa didengar," katanya.

Berikut adalah para pelakon suara yang terlibat:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: