seismik

Banduan Terima PhD Dalam Penjara Dibebaskan Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

Waran pembebasan dibacakan Pengarah Penjara Kajang Preshahdin Monshee semalam.

Cover image via Jabatan Penjara Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) ketika di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, semalam

Menerusi Facebook Jabatan Penjara Malaysia, Murad (bukan nama sebenar) yang telah menjalani hukuman dari tahun 2001 semasa berusia 14 tahun menjalani hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang.

Untuk makluman, Murad merupakan prospek pertama Jabatan Penjara Malaysia yang bergelar Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan setelah menyambung pelajaran semasa menjalani hukuman pemenjaraan.

Ketika proses pembebasan murad semalam, suasana gembira dan hiba jelas terpancar di wajahnya setelah dibacakan waran pembebasan oleh YDH.

TKP Preshahdin bin Monshee Pengarah Penjara Kajang. TKP Preshahdin dalam sesi pembebasan murad juga menasihatkan agar Murad sentiasa mengamalkan disiplin yang tinggi serta menggunakan ilmu yang ada dalam memajukan diri selepas dibebaskan.

Tambah Tuan Preshahdin lagi, pihak Jabatan sedia membantu sekiranya Murad memerlukan bantuan.

Zahir rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak kerana memberikannya peluang

Murad juga menzahirkan kesyukuran dan menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diatas pengampunannya serta tidak dilupakan terutamanya Jabatan Penjara Malaysia kerana memberikan peluang dan ruang kepadanya untuk menyambung pengajian sehinggalah bergelar Doktor Falsafah.

Tambah Murad, segala jasa baik dari pihak Jabatan akan sentiasa dikenang dan percaya dengan peranan jabatan dalam memulihkan prospek sepertinya agar dikembalikan dengan lebih sempurna.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: