seismik

Bapa Kelar Leher Anak 13 Tahun Sebab Selalu Sangat Main Facebook

Si bapa juga pernah terlibat dalam satu kes pembunuhan 10 tahun lalu.

Cover image via STOMP

Seorang lelaki ditangkap polis selepas didapati mengelar leher anaknya sendiri sehingga cedera parah

Kejadian berlaku pada Ahad, 16 April 2017 di Petchaburi, Thailand di mana seorang bapa tergamak mengelar leher anak perempuannya yang baru berusia 13 tahun kerana berang anaknya itu banyak menghabiskan masa melayari Facebook.

Menurut laporan Nation Multimedia, dua beranak itu dipercayai bertengkar kerana mangsa terlalu kerap melayari Facebook dan LINE, sehingga menyebabkan si bapa bertindak mengurungnya di dalam sebuah bilik di rumah mereka.

Image via STOMP

Joi, 41, mengaku melakukan perbuatan tersebut selepas hilang sabar ketika bertengkar dengan anaknya itu

Joi ditangkap pada malam Ahad di pusat pemeriksaan di daerah Prachuap Khiri Khan Thap ketika beliau cuba melarikan diri dengan anak perempuan bongsunya.

Mangsa yang cedera parah akibat dikelar dilaporkan telah pulih namun masih di bawah pengawasan pihak hospital.

Image via STOMP

Menurut isteri Joi, suaminya tidak gemar melihat anaknya banyak menghabiskan masa dengan media sosial

Suaminya bimbang tabiat ini akan memberi kesan negatif terhadap pembelajaran anaknya.

Bagaimanapun, dia menafikan dakwaan kononnya mangsa diserang dan didera secara seksual oleh suaminya.

Image via STOMP

Dia berkata lagi suaminya itu memang seorang yang panas baran dan pernah memukul anak perempuannya itu atas masalah yang sama

Joi turut pernah memberi ancaman untuk membunuh semua ahli keluarga kerana beliau cemburu dan paranoid bahawa isterinya akan kembali kepada bekas kekasihnya.

Siasatan polis mendapati Joi pernah terlibat dalam satu kes pembunuhan di daerah Muang Trang 10 tahun lalu pada 14 Ogos 2007.

Image via STOMP

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Makin banyak pula kes macam ni terjadi:

You may be interested in: