Bapa Tetak Anak Dan Campak Dari Tingkat 4 Sebuah Flat Selepas Terdengar Bisikan Ghaib

Dadah membawa padah.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas ditetak dan dicampak oleh bapa sendiri dari tingkat empat sebuah flat

Menurut Harian Metro, kejadian dilaporkan berlaku di Blok 11A Flat Puchong Permai, Subang Jaya pada petang 13 Ogos 2018.

Ketika kejadian, kanak-kanak itu dikatakan sedang tidur di atas tilam di bahagian ruang tamu rumah di tingkat empat flat berkenaan.

Flat Puchong Permai

Image via amazonaws.com

Tiba-tiba, bapa mangsa dikatakan datang kepada mangsa dan menetaknya dengan parang sebanyak tiga kali sehingga maut tanpa sebab

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kejadian itu disedari seorang penduduk yang menyangkakan kanak-kanak itu jatuh dari tingkat empat sebelum melaporkannya pada polis pada 5.45 petang.

Image via blogspot.com

“Selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan meletakkan mayat anaknya itu di luar pintu rumah sebelum dia mengurungkan diri di dalam.

“Polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa sebenarnya mangsa pembunuhan selepas menemui kesan tetakan pada kepala dan pergelangan tangan kanannya,” katanya.

Selepas disiasat, suspek mengaku membunuh anaknya selepas mendakwa terdengar satu bisikan ghaib yang menyuruhnya berbuat demikian

Image via blogspot.com

“Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).

“Suspek sudah ditahan dan kami turut menemui parang digunakan dalam kejadian itu. Kes dianggap selesai,” katanya.

Beliau berkata lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment