seismik

Barokah Global Capital, Pernisma Meterai MoU Tawar Kemudahan Pembiayaan Kepada Kontraktor

Sebagai rekod, sebanyak RM300 juta jumlah peruntukan disediakan pada tahun ini dan pada 2025.

Cover image via Barokah Global Capital

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung kalinya, syarikat pemfaktoran, Barokah Global Capital Sdn Bhd (BGC) bersama Persatuan Rakan Niaga Strategik Malaysia (Pernisma) bersepakat dalam usaha menawarkan kemudahan pembiayaan (pemfaktoran) yang mematuhi syariah

Kerjasama berkenaan dilakukan menerusi pementeraian menandatangani memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani oleh Presiden BGC, Dato' Zulkffli Ab Rahaman dan Presiden Pernisma, Mohd Daud Mohd Sharif yang disaksikan oleh pengurusan tertinggi kedua-dua pihak tersebut di Ibu Pejabat Pernisma, Selangor baru-baru ini.

Menurut Dato' Zulkffli, ia membabitkan pembiayaan kerja-kerja kontrak kepada semua kontraktor yang berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan merangkumi semua vendor syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan.

Tambah beliau lagi, Pernisma mempunyai lebih 800 vendor dan kontraktor berdaftar yang diberi mandat untuk melaksanakan kerja-kerja kontrak bernilai sehingga RM1.2 bilion setahun.

“Kami juga berusaha untuk membantu kontraktor bumiputera bagi memperbaiki aliran tunai tercapai.

“BGC akan tawarkan fasiliti pemfaktoran perkhidmatan kepada ahli yang memenuhi syarat dan akan mendapat manfaat seperti kos pentadbiran dan risiko kredit yang lebih rendah.

“Dengan ini, mereka akan memberi tumpuan yang lebih kepada pengurusan perniagaan dan seterusnya meningkatkan prestasi perkhidmatan ke arah pembangunan TNB khususnya,” katanya.

Majlis MoU berkenaan turut disaksikan oleh pengurusan tertinggi kedua-dua pihak tersebut di Ibu Pejabat Pernisma baru-baru ini.

Image via Barokah Global Capital

Sebanyak RM300 juta jumlah peruntukan disediakan buat semua kontraktor yang berdaftar dengan TNB

Mengulas lanjut, Dato' Zulkffli memaklumkan menerusi kemudahan pembiayaan itu, pihaknya menyediakan peruntukan permulaan sehingga RM50 juta kepada ahli.

Katanya, nilai pembiayaan itu disediakan dan bergantung kepada jumlah kontrak yang diperoleh daripada TNB serta kadar faedah pembiayaan ditawarkan juga kompetitif.

“Ia merupakan tawaran harga ‘early bird’ dengan kos pembiayaan yang lebih istimewa.

“Tambahan RM250 juta juga akan disediakan untuk khidmat pasca dan pra pemfaktoran kepada invois serta pembiayaan terhadap bon atau insurans.

“Jadi, untuk tahun ini dan tahun hadapan jumlah peruntukan disediakan sebanyak RM300 juta,” jelasnya.

Dato' Zulkffli (dua dari kiri) bersama Mohd Daud (dua dari kanan) selepas menandatangani MoU di Ibu Pejabat Pernisma baru-baru ini.

Image via Barokah Global Capital

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: