Bartech Beautee Raih Anugerah Nona & Superbrands, Sasar Pasaran Asia Menerusi Teknologi AI

Bartech Beautee mencatatkan lonjakan jualan luar biasa sebanyak 200 peratus pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Cover ImageCover image via Bartech Beautee

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama penjagaan kulit tempatan yang semakin meningkat naik, Bartech Beautee, merancang untuk memperluaskan sayap perniagaannya ke peringkat Asia dengan menyasarkan Singapura, Indonesia, dan Brunei sebagai antara destinasi pasaran utama dalam pelan pengembangan serantau syarikat

Pengasas Bartech Beautee, Nurul Adlinna Mohammad Bakri atau lebih mesra disapa Kak Lin berkata, langkah strategik itu hadir selepas jenama berkenaan berjaya merangkul dua pengiktirafan berprestij pada tahun ini, iaitu Superbrands Malaysia's Choice 2026 serta Nona Gala Awards 2026 menerusi kategori pigmentasi dan melasma (Nona Excellence in Pigmentation & Melasma Care Award).

Menurutnya, pencapaian berganda itu menjadi titik tolak penting dalam memperkukuh kedudukan syarikat dalam industri kecantikan serta membina keyakinan lebih tinggi dalam kalangan pengguna terhadap keberkesanan produk keluarannya.

"Anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan kepada jenama, tetapi juga satu usaha untuk meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap produk kami. Pengiktirafan seperti Superbrands bukan mudah diperoleh. Kami pernah mencuba dua tahun lalu, namun tidak berjaya. Alhamdulillah, tahun ini Bartech Beautee akhirnya mendapat pengiktirafan tersebut," katanya.

Mengulas lanjut mengenai prestasi perniagaan semasa, Kak Lin memaklumkan bahawa Bartech Beautee mencatatkan lonjakan jualan luar biasa sebanyak 200 peratus pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya. Malah, syarikat itu sudah pun berjaya menyamai rekod jualan keseluruhan tahun lalu walaupun kalendar tahun 2026 masih belum melabuhkan tirainya.

Tambahnya lagi, jenama berkenaan turut berjaya mengumpul lebih 300,000 testimoni pengguna sehingga November ini, sekali gus mencerminkan penerimaan positif serta kesetiaan pelanggan terhadap rangkaian produk penjagaan kulit yang ditawarkan. Bagi terus memenuhi keperluan pengguna, Bartech Beautee kini dalam perancangan memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit yang lebih lengkap dengan tumpuan khusus kepada masalah pigmentasi dan jeragat.

SAYS.com
Image via Bartech Beautee

Beri perhatian serius terhadap integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui pembangunan platform laman web Bartech AI

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Bartech Empire Sdn. Bhd., Shaharuddin Abdul Karim menjelaskan bahawa antara produk utama mereka, krim gel pencerah (whitening), menerima sambutan yang amat menggalakkan sehingga sering kehabisan stok jualan. Selain mengekalkan kualiti formulasi sedia ada, syarikat turut memberi perhatian serius terhadap integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui pembangunan platform laman web Bartech AI.

"Laman web ini telah pun mula dilayari oleh pengguna dan setakat ini merekodkan sebanyak 5,000 data imbasan wajah pengguna secara dalam talian. Ini sekali gus memudahkan orang ramai mengetahui kondisi kulit mereka tanpa perlu mengeluarkan kos tinggi untuk mendapatkan khidmat penilaian di klinik estetik," jelasnya.

Beliau berkata, sistem pintar berkenaan membolehkan pengguna mengimbas keadaan kulit wajah secara terus sebelum menerima cadangan produk yang paling bersesuaian dengan keperluan individu masing-masing. Seiring dengan pendekatan itu, Kak Lin menegaskan bahawa matlamat utama syarikat bukanlah sekadar menjual produk semata-mata, sebaliknya memastikan setiap pelanggan memperoleh penyelesaian yang benar-benar tepat untuk masalah kulit mereka yang turut menyumbang kepada peningkatan jualan melalui sistem berkenaan sebanyak tiga kali ganda pada bulan ini berbanding bulan sebelumnya.

Dalam perkembangan sama, Bartech Beautee merancang memperkukuh strategi pemasaran digital menerusi kerjasama lebih erat bersama platform TikTok, selain mempelbagaikan saluran jualan melalui laman web rasmi syarikat. Pelanggan setia yang membuat pembelian berulang juga digalakkan mendapatkan produk secara terus menerusi laman web rasmi bagi menikmati tawaran harga yang lebih menjimatkan berbanding platform e-dagang lain.

SAYS.com
Image via Bartech Beautee

Selain menambah baik formulasi sedia ada dan menjalankan penyelidikan serta pembangunan (R&D) bagi menghasilkan rangkaian produk kosmetik khusus untuk kulit sensitif dan berpigmentasi secara berperingkat pada masa hadapan, Bartech Beautee turut menyasarkan jalinan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada tahun hadapan bagi membuka lebih banyak peluang penembusan pasaran luar negara.

Menjelang kedatangan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri akan datang, Bartech Beautee bakal menganjurkan kempen bertemakan kecantikan kulit dengan konsep 'Cantik Sebelum Raya' yang mengundang para pelanggan berkongsi video perjalanan serta perubahan kulit wajah mereka bagi meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kulit yang betul.

Sebagai tanda penghargaan tertinggi terhadap sokongan dan kepercayaan pelanggan, syarikat itu turut merancang untuk menaja sekurang-kurangnya dua orang pelanggan terpilih bagi menunaikan ibadah umrah pada Jun tahun hadapan.

"Kejayaan meraih dua pengiktirafan berkenaan adalah hasil komitmen seluruh pasukan yang bekerja keras membangunkan jenama itu sejak awal penubuhannya dan ini merupakan motivasi bagi kami dan pasukan untuk lebih bersemangat selepas ini,"
ujar Kak Lin sambil menegaskan bahawa fokus asal Bartech Beautee sejak hari pertama adalah membantu golongan wanita yang berdepan masalah jeragat dan pigmentasi mendapatkan semula keyakinan diri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS