seismik

Baru First Time Keluar Dating, Wanita Marah Sebab Kena Jemput Naik Myvi - "Bukan Taste I"

Apa salah naik kereta tu.

Cover image via TikTok

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebelum mencari pasangan, kita mesti perlu kenal dengan seseorang

Dari situlah kita boleh lihat cara dan sesuai atau tidak untuk kita berkawan ke peringkat seterusnya. Lagi pula, zaman sekarang memang susah nak cari jodoh.

Tetapi, tak salah untuk kita cuba berkenalan untuk mengeratkan lagi hubungan itu ke fasa seterusnya. Jika pasangan kita menerima kekurangan yang ada, itu sudah sangat bagus.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan keterujaan seorang lelaki bertukar menjadi perkara buruk.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wikipedia

Kena kutuk sebab hanya bawa kereta Myvi

Menerusi video tersebut, seorang pemuda meluahkan rasa berdebarnya ketika mahu berjumpa dengan wanita dikenalinya untuk pertama kali.

Pada awalnya, mereka berkenalan di media sosial dan akhirnya membuat keputusan untuk berjumpa secara berdepan.

Tanpa mematikan video, dia kemudian terus membuka pintu dengan tergesa-gesa selepas wanita itu sampai. Bagaimanapun, reaksi wanita itu ternyata mengejutkannya.

"Awak bawa kereta Myvi ke, kata bawa kereta Mercedes.

"I tak sukalah kereta ni, ni bukan taste I," ujarnya.

Situasi itu membuatkan pemuda berkenaan terkejut. Walaupun dia sudah memberitahu bahawa kereta Mercedesnya itu mengalami tayar pancit.

"Bersyukurlah, Myvi pon smart apa" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya. Tetapi, ada juga yang mendakwa adakah ini konten semata-mata.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 721.6K views, 39.9K likes dan 1,445 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok

Lihat video itu di bawah:

Ini betul-betul ke tak ni? Kalau betul, apa salahnya bawa kereta tu :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: