"Barulah Onz Hari Raya Nanti" - Rasai Resipi Minuman Raya Bergaya Semudah One, Two Jus Ini
Anda juga berpeluang memenangi hadiah produk minuman Tropicana bernilai RM200.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Artikel ini ditaja oleh Tropicana Malaysia.
Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, pastinya rata-rata rakyat Malaysia tidak sabar untuk meraikannya
Buat kali pertama, rakyat Malaysia sekarang boleh balik ke kampung untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga dan sanak saudara.
Pada hari raya inilah kebiasaannya ada juga keluarga yang menyambutnya dengan penuh bergaya. Inilah masanya untuk kita semua impress tetamu kita dengan baju, rumah, makan dan sebagainya.
Tapi bila bab air, kebanyakannya selalu hidangkan air yang sama macam air kosong, teh atau kopi panas, tak pun sirap. Iyalah, tak kan kita nak hidangkan air sirap berulang kali kepada para tetamu. Betul tak?
Kalau anda tiada ilham nak hidang air apa pada hari raya nanti, anda boleh cuba beberapa resipi Minuman Raya Bergaya dengan Tropicana twister yang direka khas oleh Chef Dato’ Fazley.
Tropicana Twister membawakan 3 resipi Minuman Raya Bergaya Semudah One, Two Jus!
Daripada menghidangkan minuman yang sama berulang kali, apa kata anda hidangkan minuman istimewa Tropicana Twister ini pula kepada para tetamu yang datang ke rumah anda. Confirm bergaya raya tahun anda kali ini!
Ketiga-tiga Resipi Raya Bergaya dengan Tropicana Twister ini senang diikuti dan memang Semudah One, Two Jus, malah ia dicipta khas oleh Chef Dato’ Fazley sendiri tau.
So, confirm memang onz! Lepas tu, Tropicana Twister ini datang dengan kebaikan Vitamin C untuk menyokong imunisasi badan kita. Apatah lagi time Covid-19 dan cuaca panas, tubuh badan kita memang memerlukan Vitamin C!
Tonton video cara membuat minuman istimewa ini dan resipi penuhnya di bawah:
1. Minuman Raya Nampak Berkelas
Bahan-bahan:
- 8 biji buah strawberi segar (tanpa daun)
- 4 helai daun pudina segar
- Tropicana Twister
Cara-cara:
Langkah 1: Potong strawberi dan hancurkan di dalam gelas.
Langkah 2: Masukkan daun pudina segar.
Akhir sekali, isikan gelas dengan Tropicana Twister.
2. Minuman Raya Nampak Berbudaya
Bahan-bahan:
- 2 helai daun pandan
- 1 sudu besar bunga Blue Pea
- Tropicana Twister
Cara-cara:
***Sediakan dahulu bunga kacang biru dengan memasukkan air panas. Biarkan ia sebati selama 5 minit.
Langkah 1: Tuangkan minuman bunga kacang biru ke dalam gelas (separuh gelas)
Langkah 2: Cincang bahagian bawah dari keseluruhan daun pandan, masukkan ke dalam gelas.
Akhir sekali, Tuangkan Tropicana Twister dari sisi kaca untuk membuat lapisan.
3. Minuman Raya Nampak Bergaya
Bahan-bahan:
- 3 biji buah laici
- 3 helai daun limau purut segar
- Tropicana Twister
Cara-cara:
Langkah 1: Masukkan daun limau purut yang diremas ke dalam gelas.
Langkah 2: Masukkan laici ke dalam gelas.
Akhir sekali, isikan gelas dengan Tropicana Twister.
Sekarang anda dah tahu semua Resipi Raya Bergaya dengan Tropicana Twister bukan? Cubalah buat di rumah dan hidangkan kepada tetamu pada hari raya ini. Alang-alang anda cuba resipi tu, boleh juga berpeluang untuk memenangi hadiah tau!
Sertai peraduan Resipi Raya Bergaya untuk menangi produk Tropicana bernilai RM200!
Apa yang anda perlu lakukan ialah mencipta semula mana-mana daripada 3 resipi yang dikongsikan dan ikuti langkah mudah seperti di bawah:
Langkah 1: Pilih mana-mana resipi Raya bergaya yang anda gemari
Langkah 2: Muat naik video atau foto penyediaan resipi pilihan atau kegemaran anda ke IG/FB dengan hashtag #TropicanaOneTwoJus
Langkah 3: Hadiah produk Tropicana Twister bernilai RM200* mungkin milik anda
Peraduan ini akan berlangsung dari 19 April hingga 31 Mei 2022.
Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi mana-mana restoran Chef Dato’ Fazley (Bala’s Banana Leaf, Bangsar & Chic’in, Genting Highland) untuk mencuba mana-mana minuman Tropicana Raya Bergaya. Hanya tambah RM1 untuk menikmati mana-mana Minuman Raya Bergaya.
Dengan ini, ada boleh menyertai peraduan ini dan hanya perlu muat naik gambar anda dengan mocktail di media sosial (IG/FB) dengan hashtag #TropicanaOneTwoJus. Jangan lepaskan peluang ini!
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Tropicana Malaysia untuk info terkini mengenai Resipi Raya Bergaya dengan Tropicana Twister ini yang Semudah One, Two Jus!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!