x

seismik

#Belanjawan2021: Bayaran One-Off Sebanyak RM500 Untuk Barisan Hadapan KKM

Sebagai tanda penghargaan jasa 100,000 petugas hadapan KKM.

Cover image via

Lebih 100,000 petugas hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia bakal menerima bayaran one-off sebanyak RM500 oleh kerajaan

Ianya sebagai tanda penghargaan barisan hadapan negara dalam melawan pandemik Covid-19 ketika ini.

Bayaran one-off itu adalah sebahagian daripada peruntukan RM1 bilion kepada KKM untuk memerangi virus tersebut.

Selain itu, RM475 juta akan diberikan untuk pembelian reagen pengujian, alat pemeriksaan, dan untuk digunakan di semua makmal KKM.

RM318 juta juga akan diperuntukkan untuk penyediaan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) dan pembersih tangan untuk semua barisan hadapan.

Image via Bernama

Ikuti perkembangan terkini di #Belanjawan2021 dan Like Facebook serta Follow Twitter SAYS Seismik sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel mengenai #Belanjawan2021 yang sedang trending hanya di SAYS Seismik: