x

seismik

[BELASUNGKAWA] Pelakon & Penulis Lirik Terkemuka Tanah Air, Bob Lokman Meninggal Dunia

Salam takziah buat keluarga Allahyarham.

Cover image via Utusan Malaysia

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di petang hari Jumaat ini, sebuah berita yang menyedihkan khususnya buat industri hiburan tanah air dan rakyat Malaysia

Dilaporkan Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman telah meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan.

Allahyarham sebelum ini difahamkan sudah lama menghidap penyakit melibatkan jantung di mana beliau menggunakan alat bantuan jantung iaitu Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

Beliau yang merupakan seorang pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik termuka tanah air merupakan seorang yang individu yang banyak memberi sumbangan besar kepada industri hiburan negara. 

Antara lirik lagu hits yang pernah ditulis Allahyarham adalah terdiri daripada Isabella, Taman Rashidah Utama, Rendang Tak Berbuah dan Intanku Kesepian.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga Bob Lokman dan didoakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik