Beli Phone Baru Kena Cas Minimum 8 Jam Dulu Sebelum Guna Pertama Kali, Betul Ke?
Jom ketahui fakta sebenar. Anda berpeluang untuk menangi RM5,000 juga tau!
Kebiasaannya, kita sering dengar kalau dah beli telefon baru perlu cas dulu sebelum guna betul tak?
Ada yang kata kena cas penuh, ada juga yang menyarankan untuk cas minimum 8 jam dulu sebelum guna. Alasannya supaya bateri itu tahan lama sampai bertahun-tahun dan tidak rosak.
Tapi, betul ke fakta ini? Haa, takut dah beli mahal-mahal kita pula sengaja merosakkan bateri.
Jawapannya TIDAK!
Nak tahu kenapa? Ini penjelasannya:
Kita sering dengar orang menyarankan untuk mengecas gajet selama 8 jam untuk pertama kali ialah benar pada zaman dulu kerana gajet dulu masih menggunakna bateri jenis nikel kadmium.
Namun begitu, lain pula dengan gajet sekarang. Kita boleh mengecas gajet selama mana kita mahu asalkan ia penuh. Kebiasaannya, gajet yang baru dibeli mempunyai lebih kurang 60% bateri.
Perkara ini disebabkan bateri nikel kadmium mempunyai "memory effect" yang akan mengekalkan kapasiti tertentu berdasarkan pengecasan pada pertama kali. Bateri tersebut mempunyai panduan untuk dicas sepenuhnya atau selama beberapa jam terlebih dahulu sebelum digunakan.
Lain pula dengan bateri yang ada di dalam telefon zaman kini. Gajet zaman ini mengandungi bateri Li-Ion atau bateri Li-Po yang tidak mempunyai sifat 'memory effect'. Jadi, telefon pintar boleh saja digunakan tanpa dicas sepenuhnya pada pengecasan pertama.
Sama juga dengan telefon pintar siri baru Redmi Note 11 yang power baterinya. Berita baik untuk anda, sekarang ada promosi menarik tau!
Anda berpeluang untuk menangi RM5,000 baucar tunai dengan setiap pembelian siri Redmi Note 11. Peraduan Siri Redmi Note 11 Bonanza ini diadakan dari 14 November sehingga 31 Disember 2022. Sebanyak tiga pemenang bertuah bakal dipilih setiap minggu.
Cara nak menang mudah saja, anda hanya perlu dapatkan mana-mana model telefon siri Redmi Note 11 di Kedai Sah Xiaomi.
Wah berbaloi kan? Tunggu apa lagi? Mungkin anda yang berpeluang untuk menangi tawaran lumayan ini!
Nak tahu spesifikasi siri Redmi Note 11 ini? Jom!
1. Pengecasan pantas dan penuh dalam masa 1 jam
Siri Redmi Note 11 dilengkapi dengan 5,000mAh kapasiti bateri. Anda akan dapat menggunakan peranti ini dengan satu pengecasan penuh saja.
Nak lagi laju? Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro menawarkan 67W turbo charging yang membolehkan pengecasan sehingga 50% dalam masa 15 minit saja.
Model Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 hadir dengan 33W pro fast charging yang membolehkan bateri anda dicas penuh dalam masa 1 jam. Cepat kan?
Memang sesuai untuk semua terutamanya sekali para pelajar yang banyak menggunakan telefon untuk menyelesaikan tugasan kuliah.
2. Hadir dengan kamera 108-MP
Part kamera memang tak boleh tinggal betul tak? Jangan risau, siri Redmi Note 11 dilengkapi dengan sensor Samsung HM2 108-megapixel bersama teknoologi dual native ISO.
Dengan spesifikasi ini, peranti ini boleh memberikan pencahayaan yang terang dan jelas walaupun gambar ditangkap pada waktu malam atau gelap. Nak lagi best, memang sesuai untuk orang yang suka selfie kerana kamera ini hadir dengan 16-megapixel!
3. Processor yang pantas membolehkan peranti anda tidak lag
Dengan adanya processor yang pantas, anda tidak perlu takut peranti anda akan lagging. Untuk model Redmi Note 11 Pro 5G, processor yang digunakan ialah Snapdragon® 695 advanced octa-core. Dengan cip 5G, peranti anda akan lebih smooth.
Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S pula menggunakan processor MediaTek Helio G96 advanced octa-core beserta RAM sehingga 8GB. Redmi Note 11 pula dilengkapi Snapdragon® 680 processor direka dengan flagship-level 6nm process untuk memberikan prestasi yang mantap.
Tidak dinafikan, peranti tersebut memang akan memudahkan urusan seharian anda. Tak lag dan boleh mutitasking!
4. Design yang moden dan mewah
Siri Redmi Note 11 dilengkapi dengan paparan FHD+ AMOLED DotDisplay. Skrin yang lebih jelas dan besar memberikan anda pengalaman yang sempurna. Skrin bersaiz 6.67 inci dan 6.43 inci berserta DCI-P3 wide color gamut membuatkan paparan peranti kelihatan terlebih menyerlah.
Tak perlu risau juga kalau menggunakan peranti ini di bawah terik matahari terik kerana peranti ini dibekalkan dengan paparan mencecah 1,200 nits.
Dari segi refresh rate, siri ini menawarkan refresh rate sehingga 120Hz manakala touch sampling rate pula berjaya mencapai 360Hz.
Bukan saja menawarkan reka bentuk telefon yang flat-edge body design, peranti ini juga didatangi dengan speaker yang mantap sesuai untuk hiburan anda.
Yang lagi menarik, Redmi Note 11 yang dikenali "Mid-range King" ini menawarkan harga mampu milik tau!
Berikut merupakan harga setiap siri Redmi Note 11:
Redmi Note 11 Pro 5G, 8GB + 128GB: RM 1,299
Redmi Note 11 Pro, 8GB + 128GB: RM 1,149
Redmi Note 11S, 8GB + 128GB: RM 999
Redmi Note 11, 6GB + 128GB: RM 849
Ketahui maklumat lanjut melalui laman sosial mereka di Facebook dan Instagram atau boleh layari laman rasmi di Xiaomi Malaysia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!