Beregu Lelaki Negara Aaron-Roy King Cipta Kejutan Juarai Terbuka Artik Dalam Penampilan Sulung
Tahniah!
Cover image via Yonex Sunrise MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Beregu lelaki Aaron Tai-Yap Roy King cipta kejutan menjuarai Terbuka Artik di Finland dalam penampilan sulung sebagai pasangan yang dibentuk sementara
Menerusi laporan Berita Harian, kejayaan itu hadir selepas Aaron-Roy King berjaya menewaskan pasangan Taiwan ranking ke-60 dunia, Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng, 21-19, 21-19 dalam aksi final semalam.
Gandingan baharu itu berjaya memperoleh kemenangan dalam tempoh 41 minit untuk merangkul gelaran pertama mereka.


Gandingan yang dibentuk daripada eksperimen rombakan pasangan dalam kem negara
Pasangan tersebut dibentuk daripada eksperimen rombakan pasangan yang dilaksanakan ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi.
Aaron dan Roy King, masing-masing merupakan gandingan tetap Kang Khai Xing dan Wan Arif Junaidi.
Dengan kemenangan itu, Aaron-Roy King membawa pulang hadiah wang tunai AS$39,500 (RM141,460).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


