Kerajaan Kekalkan Had Umur Persaraan Penjawat Awam 60 Tahun

Tiada keperluan untuk meningkatkan umur persaraan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Janaan AI & The Star

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan memutuskan had umur persaraan bagi penjawat awam kekal pada 60 tahun dan tiada keputusan untuk meningkatkannya

Keputusan ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam dan diumumkan oleh Jurucakap Kerajaan Datuk Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi.

Dilaporkan oleh Harian Metro, Fahmi Fadzil mengatakan tiada keperluan untuk meningkatkan umur persaraan melebihi 60 tahun.

"Kerajaan telah memutuskan tiada keperluan untuk melaksanakan peningkatan had umur persaraan buat masa ini.

"Oleh demikian, had umur persaraan bagi penjawat awam kekal pada umur 60 tahun,"
katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Kerajaan sebelum ini melaporkan akan mengkaji cadangan menaikkan umur persaraan wajib penjawat awam

Sebelum ini pada 21 Ogos lalu, kerajaan akan mengkaji cadangan menaikkan umur persaraan wajib kepada 65 tahun dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz melaporkan beberapa negara telah menetapkan umur persaraan lebih tinggi berbanding Malaysia seperti Singapura (62 tahun) dan negara Scandinavia sehingga 70 tahun.

Malaysia sebenarnya mempunyai skim persaraan umur lebih had tetapi hanya untuk pekerjaan tertentu seperti hakim dengan persaraan pada umur 66 tahun.

SAYS.com

Gambar janaan AI

Kerajaan telah mempertimbangkan perkara ini dan ia memerlukan masa panjang serta tidak akan dilaksanakan secara bersendirian.

Untuk rekod, had umur persaraan Malaysia telah pun meningkat sejak tahun 2000 lagi iaitu 55 kepada 56 tahun pada 2001, meningkat kepada 58 pada tahun 2008 dan dinaikkan kepada 60 tahun mulai Januari 2012.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik