Netizen Kongsi Pengalaman Imigresen Negara Lain Puji Pasport Baru Malaysia
Bila pasport baharu Malaysia terlalu 'advanced'.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Beberapa hari selepas pelancaran pasport terbaharu Malaysia, ramai netizen menceritakan pengalaman mereka dipuji ketika di imigresen negara lain
Satu ciapan di Threads baru-baru ini telah dikongsikan oleh Rita Sosilawati, seorang usahawan kosmetik yang terkenal, mengenai pengalaman pasport baharunya ketika di London, United Kingdom.
Rita mengatakan dia sebenarnya ditahan seketika untuk pemeriksaan lanjut kerana pasport baharu tersebut masih baharu dan belum pernah dilihat oleh pegawai bertugas.
Pasport tersebut baru sahaja diterimanya tiga hari selepas pelancaran pasport baharu Malaysia.
"Pegawai imigresen memberitahu mereka perlu menyemak pasport tersebut. Ini adalah pertama kali mereka melihat pasport baharu Malaysia.
"Setelah seketika mereka memuji kerana pasport tersebut sangat moden dan cantik, termasuk menggunakan gambar berwarna," katanya di Threads.
Tambah Rita, pemeriksaan tersebut mengambil sedikit masa kerana maklumat pasport baharu Malaysia masih belum berada di dalam sistem pihak berkuasa imigresen London.
Menurut Rita, dia tetap teruja dan berbangga menjadi antara orang paling awal menggunakan pasport ini ke luar negara.

Netizen turut berkongsi pengalaman yang sama di beberapa imigresen di negara lain
Ramai rakyat Malaysia menceritakan pengalaman mereka ketika menggunakan pasport baharu ini di negara luar.
Ada juga netizen yang terkejut kerana pasport baharu ini kini mempunyai gambar berwarna tetapi hanya untuk jenis pembaharuan setiap 10 tahun sahaja.

"Pengawal sempadan di Paris juga menghentikan saya untuk seketika dan menunjukkan pasport kepada rakan pegawainya. Mereka memuji pasport ini adalah 'This is state of the art'. Ini membuatkan saya berasa sangat bangga sebagai rakyat Malaysia," kata @jademisai di Threads.
"Semalam pergi Hatyai pegawai diaorang pun cakap 'new passport?' Harini pergi Singapura pun diorang cakap benda sama. Dekat Singapura lama gak kena tahan pastu puji passport baru lawa," kata @_Iqmnarii.
"Dahla ranking passport kita top 5, pastu lagi canggih dan moden. sapa la tak bangga jadi rakyat Malaysia" kata seorang pengguna.
"Heheh memang lawa , ada rama-rama , kertas-kertas belakang tu pun cantik-cantik ikon malaysia, kertas warna biru yg lawa. Terpegun betul tengok lepas renew haritu yg penting gambar dah tak kusam," kata @awinlahh di Threads.

Mungkin selepas ini kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga kalau "ditahan" kerana menggunakan pasport baharu.
Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk tidak tergesa-gesa untuk membuat pasport baharu. Bagi yang mahu membuat pasport baharu hanyalah perlu mengikut fasa ini di beberapa tempat terpilih.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via