Pesara Guru Diarah Bayar Ganti Rugi RM88K Kerana Menampar Pelajar
Seorang pendidik perlu mempunyai tanggungjawab untuk berhati-hati ke atas pelajar.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pesara guru telah diarah oleh Mahkamah Tinggi dengan membayar RM88,069 kepada pelajar yang ditampar
Pelajar tersebut telah ditampar sebanyak empat kali ketika sesi pembelajaran, tujuh tahun lalu.
Menurut laporan dari Berita Harian, keputusan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mohd Rosli Yusoff, membenarkan tuntutan saman sivil yang difailkan mangsa oleh ibunya terhadap guru berkenaan bersama tiga defendan lain.
Mangsa, Mohamad Adam Maidin, 21, dan ibunya, Noor Azleen Moahamad, 47, telah memfailkan saman terhadap guru terbabit, Isamuddin Ismail, 63, yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran.
Menurut Mohd Rosli, guru terbabit telah didapati melakukan serangan sentuh terhadap mangsa dengan menampar muka dan kedua-dua pipinya menggunakan tangan kanan serta kiri dari arah belakang.

Seorang pendidik perlu mempunyai tanggungjawab untuk berhati-hati ke atas pelajar
Mohamad Adam berusia 14 tahun dan pelajar Tingkatan Dua ketika itu dan kejadian berlaku pada 28 Januari 2019.
Dalam kejadian ketika 10.30 pagi itu, mangsa sedang berada di mejanya bersama rakan sekelas sebelum guru terbabit datang dari arah belakang dan menamparnya dengan kuat sebanyak empat kali.
Selepas kejadian itu, mangsa mengalami kesakitan pada muka dan kedua-dua telinga selain mengadu pening, kurang pendengaran serta bunyi berdesing dalam telinga.
Mangsa kemudian dibawa untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Berek 12 sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk pemeriksaan pakar telinga.

Mangsa didapati mengalami masalah pendengaran di telinga kanan dan kehilangan pendengaran bercampur pada tahap ringan hingga sederhana. Hospital mendapati kecederaan trauma dipercayai daripada ditampar.
Tambahan lagi, mangsa juga telah mengalami trauma sehingga terpaksa berpindah sekolah kira-kira sebulan kemudian kerana takut untuk kembali dan berhadapan dengan guru terbabit.

Mahkamah telah membenarkan semua tuntutannya terhadap kesemua defendan selepas mendapati terdapat kecuaian serta tanggungjawab yang perlu dipikul berhubung kejadian tersebut.
"Jumlah RM88,069 yang diperintahkan mahkamah itu merangkumi RM45,000 ganti rugi am, RM569 ganti rugi khas, RM11,250 ganti rugi teladan dan RM11,250 ganti rugi teruk selain faedah serta kos sebanyak RM20,000," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via