Ramai Ibu Bapa Terkejut Yuran Tadika Setaraf Ijazah Sarjana Muda
Ada yang mencecah belasan ribu ringgit setahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai ibu bapa sudah sedia maklum dengan perbelanjaan besar untuk menghantar anak ke pusat tadika swasta
Baru-baru ini di Threads, majoriti ibu bapa meluahkan kerisauan kerana kos yang dikenakan oleh pihak tadika lebih mahal jika dibandingkan dengan yuran pembelajaran untuk menyambung pengajian di universiti awam.
Diluahkan oleh @amyliaaaa_ di Threads, dia merasakan yuran pendaftaran tadika swasta anaknya kini telah menjadi setaraf ijazah sarjana muda.
"Yuran pendaftaran untuk tadika swasta dah macam nak hantar anak pergi ambil degree. UiTM murah lagi," katanya.
Luahan ini dipersetujui oleh majoriti ibu bapa tetapi ada juga yang mengatakan terdapat banyak pilihan lain untuk taska atau tadika yang lebih murah tetapi sangat terhad.

Ramai terkejut betapa mahalnya yuran anak kecil masuk ke tadika
Ada seorang pengguna telah memberikan contoh harga di antara pembayaran anak dengan keseluruhan yuran pembelajaran untuk ijazah sarjana di satu universiti awam.
Universiti awam tersebut dalam tujuh semester hanya perlu membayar RM3,850 tetapi buat tadika anaknya dia perlu membayar sehingga RM7,370.

Gambar janaan AI.
Image via Google GeminiAda ibu bapa yang memberitahu terdapat pilihan murah tetapi masih ada yang culas bayar walaupun yuran yang murah untuk setahun.
"Tadika KEMAS: RM580.00 setahun. Itu pun masih ada yg culas bayar."
Seorang ibu meluahkan yuran pengajian ketika dia belajar lebih murah dari yuran anaknya.
"Betul! Yuran degree saya setahun RM3,000, yuran tahunan tadika anak RM3,000 tak termasuk bulanan. Kalau kira-kira hampir RM13,000 setahun untuk tadika anak je kalah yuran degree uitm HAHAHAH," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via KosmoTerdapat juga beberapa ibu bapa yang bersyukur dengan yuran bulanan tadika anak mereka lebih murah walaupun tadika tersebut sebenarnya tidak terlalu untung.
Perkara ini sebenarnya telah lama berlaku dan pernah dilaporkan oleh Kosmo pada tahun 2022 di mana tadika swasta mengenakan caj tahunan yang tinggi.
Antara isu paling ketara apabila khususnya golongan M40 yang tersepit apabila tidak layak untuk mendaftarkan anak-anak di tadika milik kerajaan dan terpaksa menghantar anak-anak ke tadika swasta yang jauh lebih mahal.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via