seismik

Berkat Pelihara Anak Autisme, Penternak Catat Pulangan RM25 Juta!

Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.

Cover image via Syahril A. Kadir/Facebook

Setiap individu di muka bumi ini pasti menjalani ujian tuhan yang berbeza-beza. Kata orang setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya.

Seperti kisah yang diceritakan oleh saudara Syahril A. Kadir ini mengenai sepasang suami isteri yang mengambil keputusan membesarkan seorang anak angkat autisme setelah terlibat dalam kemalangan hingga mengorbankan anak yang berusia lapan bulan dalam kandungan.

Ikuti kisah ini:

TUJUH tahun lalu tragedi menimpa keluarga penjaja daging di pasar Chai Leng Park, Prai, Pulau Pinang, En. Nazir Ali apabila kereta yang dipandu isteri tersayang terlibat dalam kemalangan hingga mengorbankan anak yang berusia lapan bulan dalam kandungan.

Sedih dengan kejadian itu, Nazir mengambil keputusan memelihara seorang bayi angkat perempuan. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, keluarganya sekali lagi 'diuji' apabila doktor mengesahkan bayi itu menghidap austisme pula. Namun Nazir dan isterinya redha menerima ketentuan Illahi. Mereka nekad, biar apapun yg terjadi, anak itu tetap anugerah Tuhan dan adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memeliharanya dengan penuh kasih sayang.

Walaupun cabaran untuk membesarkan anak syurga itu bukan mudah, namun Nazir perasan ada semacam satu 'anugerah' lain yang hadir tanpa diduga dalam dirinya.

" Allah maha kaya. Berkat saya memelihara 'anak syurga' ini, dalam tempoh 10 tahun ternakan saya bertambah berkali-kali ganda. Di ladang saya saja kini ada 3,000 ekor kambing dan lebih 500 ekor lembu. Jualan syarikat juga mencecah RM25 juta!, " kata bekas pelajar Bukit Mertajam High School ini.

facebook.com

Kehidupan Nazir tidak seperti remaja lain. Seawal usia muda, beliau terpaksa berhenti sekolah demi membantu adik-adiknya yang masih bersekolah.

"Arwah datuk saya dikenali sebagai Hassan Misai dan ayah saya, Mydin adalah penjual daging di pasar Kulim dan pasar Chai Leng Park, Prai. Ketika saya di sekolah menengah, bapa saya kena angin ahmar hingga saya terpaksa menamatkan persekolahan ketika baru berada di Tingkatan Empat untuk membantu adik-adik yg masih sekolah.

"Bayangkan dalam usia semuda 16 tahun, di saat kawan-kawan lain bersuka-ria menikmati waktu remaja mereka, saya terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dan bertungkus-lumus dengan pisau, bau hamis darah di pasar tersebut sebagai penjual daging.

"Satu hari seorang lelaki berketurunan India menemui saya di pasar dan mencadangkan agar saya menjadi penternak. Bukan saja itu, dia juga memberi saya 500 ekor kambing dan 150 ekor lembu sebagai 'modal permulaan' bila saya memberitahunya saya tidak ada wang untuk berbuat demikian. Bayarlah bila cukup duit, katanya.

"Allah maha kaya. Berkat saya memelihara 'anak syurga' ini, dalam tempoh 10 tahun ternakan saya bertambah berkali-kali ganda. Di ladang saya saja kini ada 3,000 ekor kambing dan lebih 500 ekor lembu. Jualan syarikat juga mencecah RM25 juta!" Kata bekas pelajar Bukit Mertajam High School ini.

facebook.com

Nazir memberitahu saudara Syahril bahawa adik beradik, isteri dan keluarga adalah tulang belakang disebalik kejayaan beliau selama ini

Aku sempat menemui Nazir di ladang ternakan miliknya yg seluas dua ekar itu di Kg. Bukit Payung, Sungai Kob, Kulim, Kedah petang tadi. Selain ladang, Nazir juga membuka pejabat dan pasaraya sejuk bekunya sendiri di Taman Mutiara, Karangan. Bila ditanya mengenai 'rahsia' kejayaannya, beliau mengakui adik beradik, isteri dan keluarga adalah tulang belakang di sebalik kejayaan beliau selama ini.

Di samping itu, pengalaman menjadi penjual daging sejak remaja dan kesanggupan untuk belajar benda baru juga pemangkin pada pencapaian tersebut.

" Saya sekolah pun tak habis, apalah sangat yg saya tahu. Tetapi itu semua tak menghalang saya untuk belajar segala-galanya dalam bisnes ini. Logisitik, pengangkutan, akaun, pengurusan...pendek kata, saya kena dan perlu tahu semua benda yg berkaitan.

" Alhamdulillah rakan niaga yang juga adik lelaki saya, En. Nurul juga tak kenal erti lelah dalam memastikan bisnes ini berjaya, siang malam bekerja demi memastikan survival bisnes keluarga ini, " ujar Nazir.

Ditanya mengenai prospek dunia penternakan haiwan di negara ini, Nazir memberitahu ia mempunyai masa depan yg cerah tetapi tak ramai yg mampu bertahan. Paling dikesali ramai yg mahu untung cepat dan tak memperlengkapkan ilmu pengetahuan yg cukup bila menceburi bidang penternakan ini.

facebook.com

Nazir memberitahu lagi, bau busuk dan hancing adalah dunia mereka.

"Bau busuk dan hancing adalah dunia kami. Kalau benda asas macam tu pun dah tak sanggup, macam manalah nak berjaya dalam bidang penternakan ini. Tetapi kalau bersungguh-sungguh berusaha, tak mustahil anda mampu mengumpul kekayaan yg bukan sedikit jumlahnya.

"Kekuatan syarikat kami adalah harga dan juga kualiti haiwan yang kita ternak di mana seekor kambing dijual dalam lingkungan RM600-RM800 dan lembu sekitar RM3,800 seekor.

"Dari segi kualiti, ia sentiasa dipantau Jabatan Veterinar dan kami sendiri sentiasa memastikan kesihatan haiwan-haiwan kami. Tiada kompromi soal itu, " kata Pengarah Ternakan N&A Wawasan Sdn Bhd ini. Nazir boleh dihubungi di talian 019- 4146141 dan adiknya, Nurul Mydin - 012 476 5902 atau emel di [email protected] , boleh layari website mereka di http://tnawsb.com.

Sebelum beredar, aku teringat Surah Al-Baqarah ayat 216,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Memang luar biasa!

facebook.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah inspirasi di SAYS:

You may be interested in: