'Bertahun Dah' - Tular MBSA Roboh Khemah Jakel, Netizen Pelik Kenapa Sekarang Baru 'Kena'
Dalam operasi itu, MBSA mendapati struktur elekrik yang dibina juga tidak mengikut spesifikasi dan boleh mengundang bahaya.
Setiap kali tibanya musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri, antara tempat yang sering menjadi tumpuan orang ramai adalah di sekitar kawasan Seksyen 7, Shah Alam
Mereka yang sering mengunjungi kawasan itu ketika musim perayaan ini pastinya menyedari bahawa terdapat sebuah tapak yang menempatkan beberapa buah khemah besar milik Jakel.
Apa yang pasti, khemah tersebut sememangnya sudah lama 'wujud' dan telah menerima mungkin jutaan pengunjung sejak dari tahun-tahun sebelum ini.
Namun semalam, kawasan tersebut telah didatangi oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang kemudiannya bertindak merobohkan khemah besar milik Jakel itu
Menerusi posting yang dibuat MBSA di laman Facebook miliknya, struktur khemah tersebut dikatakan telah didirikan tanpa kebenaran pihak Majlis malah turut menggunakan bekalan elektrik daripada Pencawang Elektrik TNB berdekatan tanpa kebenaran daripada pihak TNB yang mana ia secara tidak langsung mampu mengundang bahaya kepada para pengunjung.
Susulan daripada tindakan yang dibuat itu, MBSA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook berkata, sejak dari 2015 lagi, pihak MBSA telah mengeluarkan sebanyak empat Notis Amaran Kesalahan kepada pihak Jakel kerana gagal mematuhi arahan pihak Majlis sebelum tindakan perobohan dilakukan.
Untuk kenyataan penuh, sila lihat di bawah:
Perobohan khemah milik syarikat Jakel itu telah menjadi tular dan mendapat perhatian netizen
Di media sosial, orang ramai seolah-olah berasa hairan dengan tindakan yang dianggap 'mengejutkan' itu memandangkan khemah tersebut sudah sekian lama 'wujud' namun hanya baru diambil tindakan pada semalam.