seismik

Bidas Komen Netizen Suruh Cari Kerja Lebih Bagus, Gadis Security Guard Ini Raih Tumpuan

Tak kisahlah kerja apa sekali pun yang penting halal.

Cover image via @mamamuda2709 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menempuh alam pekerjaan semestinya bukanlah sesuatu perkara yang mudah

Tambahan pula dengan keadaan pandemik sekarang, walaupun mempunyai sijil pendidikan yang tinggi itu bukanlah penentu kita mendapat kerja dalam bidang yang diceburi.

Hakikatnya, kehidupan tetap perlu diteruskan meskipun pekerjaan yang kita lakukan itu dipandang rendah oleh orang luar.

Sama seperti sebuah video ini apabila seorang gadis bekerja sebagai security guard menjawab soalan daripada netizen telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Disuruh tukar kerja yang lebih bagus, mak guard cantik selamba bidas komen netizen

Menerusi video yang dimuat naik oleh Nurul Nazifah, kelihatan dia menjawab salah satu komen oleh netizen mengenai pekerjaannya.

Soalan itu berbunyi "kenapa memilih bidang kerjaya begini, tukar yang pekerjaan yang lebih baik ya". Apa yang menarik perhatian adalah wanita cantik itu menjawab komen tersebut dengan nada yang sangat lembut tetapi 'makan dalam'.

"Hina sangat ke security ni? Anyway bang, kerja mana-mana pun takpa bang asalkan duit masyuk. Ini daripada duduk rumah goyang kaki tak dapat hasil bang," jawabnya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 497K tontonan, 41.1K tanda suka dan 1.6K perkongsian di laman TikTok

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut setuju dengan pendapat gadis itu bahawa tidak kisahlah kerja apa sekali pun zaman sekarang ini asalkan pekerjaan itu halal.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Walaupun dia jawab komen tu sambil gelak-gelak, sebenarnya dia bagi ayat pedas tau. Moga abang yang tanya tu terciduk! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: