seismik

Buat Video Main Bagi Pickup Line, Ayat-Ayat Yang Dikeluarkan Pula Buat Netizen Terhibur

Perangai betul mereka ni ya. Lawak!

Cover image via @maiiisaraahh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti banyak video yang sering kita lihat di media sosial sangat kelakar sehingga menjadi trend atau pun viral bukan?

Pelbagai content yang kita dapat lihat dilakukan daripada individu berbeza-beza untuk menarik perhatian kita. Sedikit sebanyak ia sebenarnya dapat menghiburkan hati kita ketika kebosanan atau stres.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila sekumpulan gadis bermain ayat pickup line telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@maiiisaraahh

Tolong sambung jap pickup line kedua tu @izz_husna04 @amanina96

feel free to use this sound - hariez

Main bagi-bagi pickup line untuk hiburkan hati masing-masing

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang gadis sedang bermain satu game iaitu dengan memberi pickup line berbeza-beza daripada mereka.

Mereka perlu hadir dengan idea masing-masing dengan mereka sendiri pickup line sambil menghiburkan hati masing-masing.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah ayat-ayat pickup line yang diberikan mereka yang sangat melucukan dan berada di luar jangkaan bila kita mendengarnya.

"Kalau perempuan yang buat ni memang automatik kelakar" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur selepas melihat video tersebut. Malah, ada yang tidak tahan gelak dengan ayat-ayat yang diberikan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 226.5K views, 30.6K likes dan 1,500 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, dia punya ayat pickup line tu menghiburkan betul :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: