Bulan Bintang Anjur Program CSR & Kempen 'Sinar Ramadan' Untuk Komuniti Setempat
Hampir RM200,000 dibelanjakan untuk tujuh program CSR kesemuanya untuk Sinar Ramadan Bulan Bintang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat julung-julung kalinya, jenama Bulan Bintang memperuntukkan hampir RM200,000 untuk kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka menerusi kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang
Mahu terus menunjukkan komitmen dan tanggungjawab kepada masyarakat, pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, atau lebih mesra dipanggil Meri, menyatakan tahun 2024 memberikan kelainan di mana pihaknya memberi keutamaan kepada sumbangan kepada orang ramai.
“Ini adalah kali pertama kami melakukan CSR secara besar-besar di mana ini kami hanya memberi sumbangan wang ringgit dan ia dilakukan pihak lain. Namun tahun ini berbeza kerana tema kami ialah ‘give back to society’ di mana kempen ini sangat besar termasuklah cabutan bertuah.
“Dalam kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang, kami telah melakukan CSR bersama OKU cacat penglihatan, ibu tunggal, miskin luar bandar, pelajar dan anak yatim.
“Untuk kempen ini kami belanjakan antara RM150,000 hingga RM200,000 termasuk pek bantuan makanan dan baju raya,” katanya ketika program Sinar Ramadan Bulan Bintang yang diadakan di Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra, Selangor baru-baru ini.
Turut hadir Hannah Delisha, Shukri Yahaya dan Nadhir Nasar selaku duta jenama Bulan Bintang bersama dengan menyediakan bubur lambuk dan mengagihkan bantuan keperluan asas kepada para penghuni di sekitar Surau Al Mukmin.
Lebih 70 peratus hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta telah dimenangi termasuk kereta, motosikal dan pakej umrah
Dalam pada itu, Azzim turut menyatakan beberapa pakej umrah telahpun ditambah sebagai memenuhi impian pembeli bertuah.
“Pada mulanya kami hanya menyediakan lima pemenang untuk pakej umrah di mana setiap pakej boleh membawa pasangan. Namun sambutan sangat menggalakkan dan perasaan dapat tunaikan umrah itu sesuatu yang sangat berharga, tidak sama seperti menang kereta.
“Disebabkan itu kami tawarkan 10 pakej umrah di mana 20 orang akan berpeluang untuk tunaikan ibadah umrah. Harga bagi satu pakej ialah RM12,080 dan menjadikan jumlahnya RM241,600,” ujarnya.
Sebagai rekod, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sinar Ramadan Bulan Bintang mendapat kerjasama bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang akan berkunjung ke tujuh buah lokasi di seluruh Malaysia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!