seismik

Kini Anda Boleh Tonton Buletin TV3 Di Laman Web Berita Harian Secara 24 Jam

Tonton bila-bila masa walaupun di mana tempat anda berada!

Cover image via Smartmockups (Disunting oleh SAYS)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Buletin TV3 komited dalam menyalurkan berita dan juga video terkini dari dalam dan luar negara

Terdapat beberapa slot berita iaitu Buletin Utama, Buletin 130, Nightline, Buletin Pagi dan Berita Terkini yang menjadi santapan rohani bagi penonton.

Kerjasama pertama antara Berita Harian dan Buletin TV3 yang bertujuan memberi perkhidmatan dan kandungan terkini serta terbaik kepada pembaca dan penonton setia Berita Harian juga TV3.

Untuk memastikan penonton TV3 tidak terlepas menonton berita yang disampaikan di platform televisyen, TV3 telah bergandingan dengan Berita Harian untuk melebarkan empayar Buletin TV3 ke laman web Berita Harian.

Image via Berita Harian

Bermula 1 Ogos 2021, penonton TV3 dan juga pembaca surat khabar Berita Harian boleh mendapatkan berita terkini dari dalam dan luar negara sepanjang 24 jam

Anda tidak akan ketinggalan lagi dengan berita-berita yang hangat. Strim klip-kil video terkini di laman web Berita Harian hanya dengan telefon pintar atau komputer riba anda!

Berikut ialah waktu siaran langsung Buletin TV3:

  • Buletin Pagi: Isnin hingga Jumaat, 9 pagi, Sabtu & Ahad, 9.30 pagi

  • Buletin 130: Isnin hingga Ahad, 1.30 petang
  • Buletin Utama: Isnin hingga Ahad, 8 malam
  • Nightline: Isnin hingga Ahad, 12 tengah malam

Apa yang menarik Berita Buletin TV3 ini juga akan tersimpan dalam portal Berita Harian dan boleh diulang tonton.

Tonton BH TV3 Live untuk dapatkan berita-berita terkini!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: