Bumbung Rumah Pusat Tuisyen Runtuh, 14 Kanak-Kanak Dilaporkan Terbun*h
Seorang guru dan lapan kanak-kanak lain turut dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
14 kanak-kanak maut selepas bumbung sebuah pusat tuisyen runtuh di Lahore, timur Pakistan pada Selasa
Menerusi laporan Reuters, insiden itu sekali gus mendorong pihak berkuasa membuka siasatan berhubung kemungkinan berlaku kecuaian.
Perkhidmatan kecemasan wilayah Punjab berkata pasukan penyelamat menemui mangsa kanak-kanak bersama seorang guru wanita berusia 30 tahun yang tertimbus di bawah runtuhan pusat tuisyen persendirian itu.
Mangsa yang maut berusia antara lima hingga 16 tahun dengan kebanyakannya berumur bawah sembilan tahun.
Menteri Penerangan Punjab, Azma Bokhari berkata siasatan awal mendapati pusat tuisyen berkenaan tidak berdaftar dan beroperasi di dalam sebuah rumah persendirian yang mempunyai struktur bumbung uzur.

Jenis pusat tuisyen yang sering ditemui di Pakistan
Menurut Azma, pusat tuisyen seperti itu biasa ditemui di Pakistan disebabkan ramai kanak-kanak menghadiri kelas tambahan di luar waktu persekolahan.
"Jika siasatan mendapati berlaku kecuaian, kelalaian atau pelanggaran undang-undang, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab," katanya.
Kerajaan Punjab turut mengarahkan pemeriksaan terhadap bangunan yang tidak selamat menjelang musim tengkujuh, selain memperketatkan peraturan ke atas pusat tuisyen tidak berdaftar serta institusi pendidikan swasta.
Sementara itu, Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari menzahirkan rasa dukacita terhadap tragedi berkenaan dan menggesa langkah keselamatan lebih berkesan dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via