seismik

Hampir RM 5.8 Bilion Wang Masih Belum Dituntut, Ini Cara Anda Boleh Buat Untuk ‘Claim’

Jangan lupa untuk check dan buat tuntutan!

Cover image via The Fifth Person

Menurut laporan Berita Harian, sebanyak RM5.779 bilion wang tak dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara selaku pemegang amanah sehingga 30 Jun yang lalu

Image via PBase

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, sebagai pemegang amanah, kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wang berkenaan dan sentiasa memastikan ia selamat dalam pegangan kerajaan sehinggalah ia dituntut.

"Dalam tempoh itu, wang berkenaan akan diurus mengikut tata cara kewangan yang berkuat kuasa," katanya.

Di sini kami kongsikan pengalaman Puan Nurazlina Elin Din berkenaan prosedur tuntutan WTD ini

Okaylah, saya cerita pengalaman saya tentang WTD ni ya. WTD ni betul-betul boleh dituntut oleh orang ramai.

Almaklumlah saya ni suka sangat buka akaun bank merata-rata. Lebih 10 bank rasanya dari kecik sampai besar. Hahaha. Lepas tu terbiar. Tak tahu pula ada duit dalam tu dan boleh claim.

Image via Getty Images

Ini apa yang saya lalui untuk check WTD. Mungkinlah ada RM50-RM60 dalam tu kan. Duit juga, siapa nak bagi.

Pagi dalam jam 9 lebih, saya call 0320568055, Bahagian Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Tanya macam mana nak check WTD.

Pegawai tu akan tanya lokasi kita kat mana. Since saya di KL, pegawai tu mention Tingkat 42, Menara Maybank Kuala Lumpur.

Kalau sesiapa dari luar KL, pegawai tu akan bagi tempat terdekat untuk check. Tak ada lah yang Kedah, Johor pun kena datang ke KL untuk check. BUKAN check di bank tau. Check di Pejabat Wang Tak Dituntut.

Tak bermakna untuk akaun Maybank sahaja, semua jenis bank dalam Malaysia, saham, pelaburan dan insurans pun akan dicheck sama.

Bawa kad pengenalan (IC) je kalau nak check. Melalui IC nanti mereka akan detect, akaun dari institusi kewangan yang mana duit kita masih berbaki.

Semua yang ada baki akan keluar. Kalau tak ada balance duit, kaunter akan maklumkan tak ada. So, kita boleh lah balik tanpa perlu isi segala borang tu.

Andai kata dah check, lepas tu memang ada lebihan duit kita kat situ, mereka akan suruh isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuklah salinan IC, surat pengesahan bank berkenaan (bank statement atau buku bank yang aktif) bagi tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank-in).

Saya pun terkejut juga sebab ada 4 angka duit dalam tu. Alhamdulillah. Tapi tak lah terkejut beruk macam orang yang dapat 5 angka. Yang penting bersyukur.

Memandangkan duit yang ada datang daripada akaun bank lain, saya kena lah pergi ke bank berkenaan untuk buat pengesahan. Contoh Surat Pengesahan pun mereka dah bagi sekali. Cuma serah kat bank yang berkenaan untuk mereka copy je.

Esok saya akan ke sana lagi untuk proses terakhir, penyerahan borang tuntutan dan dokumen sokongan. Selepas itu, tunggu je lah duit masuk dalam akaun dalam tempoh 30 hari.
Senang sangat.

Image via Property Guru

Nasihat saya untuk sesiapa yang belum check tu:

1. Please lah pergi check. Kalau tak check, tak tahu kan.

2. Dah check, tapi tak ada. Jangan kecewa. Berlapang dada. Mungkin ada rezeki lain yang Allah nak bagi. Bersangka baik dengan Allah.

3. Dah check. ADA! Once duit dah masuk akaun, perkara pertama kena buat, bayar ZAKAT SIMPANAN. Tak banyak, cuma 2.5% je dari jumlah duit yang kita dapat tu. Mana tahu, zakat WTD ni asbab untuk kita dapat rezeki berkat yang lebih banyak lagi. Kita tak tahu kan? JANJI ALLAH ITU PASTI.

4. Doakan insan-insan yang menviralkan tentang WTD ni terus dilimpahkan rezeki yang mencurah-curah. Kalau tak diviralkan, kita pun tak tahu.

5. Andai kata nombor telefon di atas susah untuk ditembusi, silalah dail nombor-nombor ini:


1. 0320568052
2. 0320568053
3. 0320568054


TAPI sila ambil perhatian:

HANYA PENAMA je boleh check akaun sendiri.

Kalau nak check untuk ahli keluarga yang uzur, silalah bawa surat pengesahan kesihatan dari Klinik/Hospital dan surat sokongan yang menyatakan hubungan kita dengan pesakit.

Kalau nak check untuk orang yang dah meninggal dunia, silalah bawa surat mati dan surat sokongan yang menyatakan hubungan kita dengan si mati.


Sekian.
Semoga post ini membantu sahabat sekalian. Sila share.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi menarik di SAYS:

You may be interested in: