Jom Claim RM30 eTunai Rakyat 2020 Guna TnG, Boost Atau GrabPay. Ikut ‘Step By Step’ Ini!
Penebusan boleh dibuat bermula 15 Januari 2020 dan program ini akan tamat pada 14 Mac 2020.
Semua sudah sedia maklum pada pembentangan Belanjawan 2020 yang lalu bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta bagi pelaksanaan insentif eTunai Rakyat
Program eTunai Rakyat merupakan program rangsangan digital berjumlah RM450 juta yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Belanjawan 2020 untuk diagihkan kepada 15 juta rakyat Malaysia.
Ia adalah bertujuan untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai dalam kalangan rakyat Malaysia, melalui penggunaan eDompet atau eWallet dan pembayaran digital yang boleh digunapakai pengguna serta pedagang tempatan.
eWallet adalah dompet digital yang mempunyai fungsi penyimpanan wang dan membolehkan aktiviti membeli-belah dilakukan secara digital.
Program ini juga bertujuan untuk memupuk gerakan digital yang lebih selamat dan cekap, tidak kira sama ada dari sudut pengguna mahupun pemilik perniagaan.
Untuk makluman, hanya 3 penyedia eWallet sahaja yang disahkan oleh kerajaan Malaysia bagi perlaksanaan program ini iaitu Touch n Go eWallet, Boost dan juga GrabPay
Melalui pengumuman daripada 3 aplikasi berkenaan, setiap rakyat Malaysia yang memenuhi syarat adalah layak untuk menerima RM30 sekali sahaja melalui Program eTunai Rakyat ini.
Syarat permohonan mendapatkan eTunai Rakyat RM30:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas untuk tahun 2020; dan
- Pendapatan adalah bawah daripada RM100,000 setahun.
Di bawah adalah cara untuk menebus eTunai Rakyat RM30 mengikut 3 aplikasi tersebut:
1. Aplikasi e-Wallet Boost
- Download app Boost terlebih dahulu
- Masukkan butiran yang diperlukan dan ikut arahan selanjutnya.
- Upgrade kepada Boost Premium.
- Sahkan atau verify akaun Boost.
- Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama.
- Klik “Get ready to claim e-Tunai” dan ikut arahan yang diberikan.
- Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 15 Januari 2020.
2. Aplikasi Touch 'N Go eWallet
- Download Touch ‘n Go eWallet terlebih dahulu.
- Sahkan atau verify akaun Touch ‘n Go eWallet.
- Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 15 Januari 2020.
- Selesai! Dah dapat belanja RM30 yang ada dalam e-Wallet.
Download aplikasi Touch N' Go eWallet: Play Store | AppStore
Untuk maklumat lanjut, boleh baca di laman web rasmi Touch 'N Go.
3. Aplikasi GrabPay eWallet
- Download app Grab terlebih dahulu.
- GrabPay memang ada didalam app Grab.
- Aktifkan GrabPay
- Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
- Ambil gambar kad pengenalan.
- Tekan hantar. Anda akan terima pengesahan jika semuanya dihantar dengan betul.
- Kemudian tekan dan tebus RM30 bermula 15 Januari 2020.
- Selesai! Dah dapat belanja RM30 yang ada dalam eWallet.
Download aplikasi GrabPay: Play Store | AppStore
Untuk maklumat lanjut, boleh baca di laman web rasmi GrabPay.
Apa lagi? Jom daftar sekarang!
Perlu diingat bahawa dana diperuntukkan adalah terhad RM450 juta. Makanya, bila-bila masa sahaja boleh habis. Apa-apa boleh berlaku. Yang apply ramai. Buat lebih awal, adalah lebih baik. Jangan sampai terlepas terima duit percuma ini daripada kerajaan Malaysia.
Dah daftar tunggu masa untuk claim sahaja nanti. Senang!