Ini Dia Cara Lebih Mudah Dan Jimat Untuk Beli Kereta, Pakai Satu 'Website' Je!
Tak payah keluar rumah pun.
Nak beli kereta tapi tak tahu nak start kat mana? Artikel ini memang tepat untuk anda.
Ramai orang yang mengidam untuk memiliki sebuah kereta sebaik sahaja mendapat pekerjaan. Tapi masih ramai yang tertanya-tanya:
"Macam mana dan di mana nak mula untuk beli kereta?"
"Kereta jenis mana yang layak untuk saya beli mengikut bajet?"
"Macam mana nak kira bayaran bulanan, insurans, cukai jalan, dan lain-lain? Help!"
Kalau pergi ke showroom dan test-drive, nanti salesman akan hubungi di telefon tak henti-henti, nak minta tolong mak ayah atau kawan-kawan segan pula, dah baca macam-macam artikel di internet pun tetap rasa tak confident nak beli.
Tapi jangan risau. Sesiapa yang nak beli kereta, guna saja MyMotor Progressive Financing atau MyMotor SmartLease yang sememangnya lain dari yang lain
Kenapa ia lain dari yang lain?
Dengan MyMotor Progressive Financing, anda boleh mendapatkan ansuran bulanan yang jauh lebih rendah berbanding dengan pinjaman sewa beli biasa!
Bukan itu saja, skim ini juga disediakan supaya selaras dengan perkembangan kerjaya anda.
Contohnya seperti dalam gambar di bawah:
Untuk 3 tahun pertama, bayaran ansuran bulanan kereta anda sememangnya lebih rendah berbanding sewaan biasa. Bayangkan betapa banyak duit yang anda boleh jimat selama tiga tahun. Seronok kan?
Selain itu, MyMotor turut menyediakan fleksibiliti melalui pemilikan atau pajakan dengan SmartLease
Kenapa sewa dengan MyMotor SmartLease?
1. Terdapat pelbagai pilihan kereta yang sesuai dengan bajet anda.
2. MyMotor akan membantu anda sekiranya berlaku apa-apa kerosakan atau tuntutan insurans.
3. Anda tidak perlu bimbang tentang nilai kereta anda - setelah pajakan berakhir, anda perlu pulangkan sahaja kereta kepada MyMotor.
4. Dapatkan kereta baru setiap 3 atau 5 tahun, segalanya termasuk cukai jalan, insurans dan penyelenggaraan.