seismik

13 Cara Untuk Nampak Lebih Menarik Mengikut Sains

"Cantik... menarik... tertarik... kau memang da bomb!"

Cover image via Tumblr.com

1. Mengelilingi diri dengan kawan-kawan

Kajian mendapati bahawa seseorang akan kelihatan lebih menarik apabila dia berada dalam satu kumpulan.

Ini kerana otak kita menilai sesuatu kumpulan itu secara agregat, menjadikan setiap muka kelihatan dalam keadaan sama rata dan menarik.

"Mempunyai wingman atau wingwoman sememangnya satu strategi yang berkesan, terutama sekali jika ciri-ciri wajah mereka saling melengkapi antara satu sama lain," jelas penulis, Drew Walker dan Edward Vul.

2. Mengikut gerak geri individu yang anda minati

Image via favim.com

Menurut kajian, seseorang yang meniru gerak geri pasangannya secara halus kelihatan lebih menarik di mata pasangannya itu.

Ini kerana bahasa badan atau body language merupakan cara berkomunikasi yang kuat dan sangat penting pada peringkat awal tarikan fizikal, kerana ia membantu untuk meyakinkan orang lain bahawa anda berkongsi banyak persamaan.

3. Menjadi seseorang yang pandai berjenaka

Image via tumblr.com

Kajian mendapati bahawa wanita lebih tertarik kepada lelaki yang boleh membuat mereka ketawa.

"Kesan jenaka menjadi satu tarikan kepada wanita dan ia dijelaskan oleh fakta bahawa mereka yang pandai berjenaka dianggap lebih bersosial dan lebih pintar. Ciri ini juga merupakan sesuatu yang wanita cari dalam pasangan," jelas seorang ahli antropologi, Gil Greengross.

4. Berpakaian merah

Image via playbuzz.com

Menurut kajian, warna merah telah terbukti meningkatkan daya tarikan seorang lelaki mahupun perempuan, kerana ia membuatkan mereka kelihatan lebih menarik dari segi seksual.

5. Berinteraksi bersama bayi atau kanak-kanak

Image via Tumblr.com

Menurut kajian, lelaki yang pandai berinteraksi bersama bayi adalah tiga kali lebih menarik.

Ia kerana perwatakan itu memberi gambaran seolah-olah mereka akan menjadi seorang bapa yang baik pada masa hadapan.

6. Berjambang halus dan kemas

Image via tumblr.com

Mengikut kajian, wanita mendapati lelaki yang mempunyai jambang nipis kelihatan lebih menarik daripada janggut penuh, atau wajah sepenuhnya bercukur licin.

Ia kerana jambang menunjukkan keseimbangan dan tahap maskulin yang tinggi.

7. Menjauhi perbualan kosong

Sebuah kajian yang dijalankan oleh seorang pakar psikologi, Arthur Aron di State University of New York berkata mereka yang menanyakan tentang perkara yang penting akan rasa dekat dengan satu sama lain dan kemungkinan akan jatuh cinta.

8. Menjadi ketua atau pemimpin

Image via giphy.com

Semua orang sukakan kuasa. Sebuah kajian yang dijalankan pada 2014 mendapati bahawa mereka yang memimpin sesebuah kumpulan adalah lebih menarik daripada ahli kumpulan lain.

9. Lebihkan senyuman

Image via buzzfed.com

Sebuah kajian di Switzerland mendapati bahawa mereka yang sering senyum kelihatan lebih menarik berbanding mereka yang tidak. Jadi, senyum tak perlu kata apa-apa.

10. Mempunyai haiwan peliharaan

Image via tumblr.com

University of Michigan mendapati seseorang yang memelihara haiwan peliharaan mempunyai daya tarikan lebih tinggi kerana haiwan peliharaan menunjukkan bahawa mereka boleh memberi komitmen jangka panjang. Ia juga menunjukkan bahawa seseorang itu senang didekati dan sentiasa ceria.

11. Menjadi seorang yang baik hati

Image via cbsnews.com

Kajian yang dijalankan di China pada tahun 2014 mendapati bahawa mereka bersikap baik hati mempunyai ciri-ciri positif dan tarikan wajah yang lebih tinggi.

12. Tinggal di tempat yang mewah

Dalam satu eksperimen dijalankan oleh Cardiff Metropolitan University, mereka menugaskan seorang lelaki untuk mengambil gambar dalam keadaan postur kasual dalam sebuah apartmen mewah dan satu lagi dalam apartmen biasa.

Dan hasilnya, gambar lelaki dalam apartmen mewah mempunyai daya tarikan yang lebih tinggi kerana dia kelihatan seperti seorang yang berkerjaya dan mampu menjaga keluarga.

13. Main alat muzik

Image via tumblr.com

Dalam satu kajian, penyelidik meminta 1,500 wanita dengan purata usia 28 tahun untuk mendengar muzik biasa dan muzik kompleks bagi tujuan menilai daya tarikan komposer.

Keputusan mendapati wanita-wanita ini lebih sukakan kepada muzik yang lebih kompleks.

"Keupayaan untuk mencipta muzik yang kompleks menunjukkan kebolehan kognitif yang lebih hebat," kata seorang pensyarah dari Kolej Universiti, Dublin.

Sejauh mana anda mengenali bahasa cinta anda? BACA SINI:

You may be interested in: