seismik

Cepat Rasa Mengantuk? Anda Patut Cuba 10 Minuman Dan Makanan Ini Untuk Terus Celik

Selalunya kita minum kopi je kan?

Cover image via SAYS

Bila dah masuk waktu tengah hari je mata mula rasa mengantuk. Tambah-tambah pula selepas waktu makan. Macam mana ni?

Sebenarnya adalah penting untuk kita mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti agar tubuh badan kita sentiasa dalam keadaan yang lebih bertenaga dan lebih produktif untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Tapi, bukan mudah nak dapatkan tidur yang cukup, lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkeluarga atau yang memilih untuk buat lebih dari satu kerja.

Jadi selalunya bila dah masuk waktu tengah hari, mata mula rasa mengantuk dan fokus pun makin kurang. Kalau nak tidur kat tempat kerja, rasa macam tak patut pula. Minum kopi? Sebenarnya selain kopi ada beberapa lagi minuman dan makanan yang boleh anda ambil untuk kurangkan rasa mengantuk.

Nak tahu? Baca senarai di bawah:

1. Kopi

Image via Getty

Umum mengetahui bahawa kopi sangat membantu dalam menghilangkan rasa mengantuk. Kandungan kafein di dalamnya membuatkan badan terasa segar dan hilang rasa mengantuk. Tapi harus diingatkan, pengambilannya haruslah dalam kuantiti yang sederhana kerana apa sahaja yang diambil secara berlebihan boleh mendatangkan mudarat.

2. Teh

Image via Lifehack

Dehidrasi atau kekurangan cecair dalam badan bakal membuatkan tubuh kita rasa letih dan rasa mengantuk juga bakal datang. Pilihan terbaik selain kopi ialah teh hijau. Kandungan kafeinnya kurang sedikit berbanding kopi dan kandungan antioksidannya yang tinggi juga menjadikan teh hijau ini pilhan yang lebih baik berbanding kopi. Kalau sesiapa yang nak kurus pun boleh amalkan minum teh hijau!

3. Air Putih

Image via JumbleBoo

Satu lagi cara paling mudah untuk mengelakkan berlakunya dehidrasi yang secara tidak langsung membuatkan kita rasa letih dan mengantuk adalah dengan mengambil air putih. Walaupun rasanya tidaklah sesedap kopi mahu pun teh, air putih ini sebenarnya mempunyai banyak manfaat sekiranya diambil pada waktu yang tepat dan dalam kuantiti yang sepatutnya.

4. Makanan Pedas

Image via Livestrong.com

Sensasi rasa pedas daripada cili secara tidak langsung dapat menghilang rasa mengantuk. Selalunya, bila makan makanan yang pedas mata kita akan automatik segar kan? Ha, selepas ini kalau mengantuk cuba makan benda yang pedas. :P Tapi bagi jangan ambil berlebihan, risau perut memulas atau dapat gastrik pula nanti.

5. Makanan Masam

Image via Food NDTV

Selain daripada makanan pedas, makanan yang berasa macam juga dapat mengelakkan rasa mengantuk. Kebiasaannya, buah-buahan yang memiliki rasa masam mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Buahan sitrus ini boleh membantu anda untuk kekal fokus dan peka. Antara buah-buahan ini ialah buah oren, lemon, nenas dan banyak lagi. Bukan sahaja rasa masam, tetapi bau buah-buahan sitrus ini juga dapat membantu meningkatkan kepekaan anda.

6. Coklat

Image via Serving Joy

Coklat bukan sebarang coklat ya. Coklat gelap atau lebih selalu dipanggil sebagai dark chocolate ini mengandungi koko yang lebih berbanding coklat biasa. Ini menjadikan coklat gelap ini lebih tinggi kandungan kafein. Walaupun dikategorikan sebagai snek yang lebih bagus berbanding gula-gula atau keropok, pengambilannya juga harus dikawal.

7. Telur

Image via livestrong.com

Kandungan kolin yang tinggi dalam telur mampu membantu anda menjadi lebih bertenaga, fokus dan mengelakkan rasa mengantuk. Apa kata cuba ambil telur sebagai menu makan tengah hari anda nanti, mungkin rasa mengantuk akan datang sedikit lambat berbanding biasa.

8. Minuman Tenaga

Image via The Rightstep

Minuman tenaga yang berada di pasaran mempunyai kandungan kafein dan asid amino taurine yang tinggi, yang mana dapat meningkatkan kepekaan serta adrenalin anda. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa sekiranya anda mengambil minuman tenaga pada awal hari, gabungan kafein dan taurine dalam minuman tersebut akan membuatkan anda sukar untuk tidur. Jadi, kalau selalu rasa lemah tak bersemangat, cuba minum minuman tenaga yang ada bermacam jenama di pasaran.

9. Yogurt

Anda boleh memilih untuk menikmati yogurt yang sejuk atau dicampur dengan buah-buahan kegemaran anda. Kandungan probiotik dan bakteria baik di dalam yogurt juga bermanfaat untuk sistem pencernaan anda. Selain rasanya yang enak, yogurt turut menjadikan tubuh badan anda berasa lebih segar.

10. Pisang

Kandungan potassium yang tinggi dalam buah pisang ini boleh menambahkan kepekaan anda. Bukan itu sahaja, buah ini juga dapat meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan. Selain pisang, kismis, prune dan buah pir juga merupakan sumber potassium yang baik

Jadi selalunya anda akan makan atau minum apa bila rasa mengantuk? Kongsikan bersama kami pada ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bila perut kosong sesuai makan apa ya?

You may be interested in: