Mulakan 2020 Penuh Positif, Tapi Baca Dulu 10 Cerita 'Feel Good' Sepanjang Tahun 2019 Ini!
8 daripada 10 semua kisah kekeluargaan. Ingat, family is important!
Alhamdulillah, tahun 2019 bakal menutupkan tirainya dan tahun 2020 pula bakal menjelma
Sedar tak sedar sudah masuk ke penghujung tahun 2019. Bermacam-macam kisah suka duka telah dikongsikan kepada orang ramai. Cerita-cerita yang negatif itu kita jadikan pengajaran manakala cerita-cerita yang positif pula kita jadikan teladan dan inspirasi.
Alang-alang nak masuk 2020 ini, jom imbas dahulu beberapa kisah feel good yang pernah muncul dalam SAYS Seismik sepanjang tahun 2019 ini.
1. Gadis ini reka & jahit sendiri gaun pengantin ala puteri Disney pada hari perkahwinannya
Ainaa Juliadi, gadis berusia 21 tahun ini memang mengimpikan untuk memakai busana ibarat Disney princess semenjak dari kecil lagi. Impiannya itu akhirnya terlaksana apabila dia telah memperagakan hasil ciptaannya pada majlis resepsinya, 2 Februari yang lalu.
Memakan masa 3 bulan untuk menyiapkannya, ternyata hasil busananya memang cantik lagi menawan dan Ainaa sendiri kelihatan bak seorang puteri!
Baca artikel penuh di sini.
2. Pelajar MMU jadikan Leftenan Adnan sebagai hero dalam permainan VR rekaan mereka
Menamakan permainan video rekaan mereka 'Chandu: The Malay Regiment', pelajar-pelajar dari Multimedia University (MMU) ini telah mengangkat ikon hero Malaysia/Singapura iaitu Leftenan Adnan sebagai watak utama.
Chandu: The Malay Regiment juga dihasilkan khas untuk VR atau virtual reality dimana pemain perlu memakai headset VR beserta dengan controller VR sepanjang masa.
Baca artikel penuh di sini.
3. Gadis ini yang hidup 17 tahun tanpa teleon bimbit dihadiahkan iPhone 11 oleh keluarga
Menerusi video yang dikongsikan abang gadis itu, Anan, adiknya, Wafa, tidak pernah memiliki telefon bimbit sendiri. Ekoran daripada itu, serta oleh kerana berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran, Wafa dihadiahkan iPhone 11 oleh ibu bapa mereka.
Yang menarik perhatian netizen adalah kegembiraan dan keikhlasan yang ditunjukkan Wafa tatkala menerima hadiah itu. Lihat video penuh di bawah:
Baca artikel penuh di sini.
4. Remaja ini terpaksa edit diri dalam gambar raya keluarga gara-gara terbangun lambat
Pada hari raya yang lalu, viral di laman Twitter insiden seorang remaja lelaki terlepas untuk menangkap gambar hari Raya bersama ahli keluarganya.
Tidak mahu ketinggalan, remaja tersebut telah mengambil gambarnya seorang diri di spot yang sama lalu meng-edit dirinya masuk dalam group photo keluarga berkenaan. Bijak, memang bijak!
Baca artikel penuh di sini.
5. Bapa ini sengaja 'cari pasal' bagi nama anak AA sebab nak dia duduk depan waktu peperiksaan
Baru sahaja bergelar bapa, Mohamad Arif Mohamed Kasim telah berfikiran jauh ke hadapan dalam memilih nama anaknya. Dia sengaja meletakkan nama 'Airis Aurora' kepada anak sulungnya agar dia terpaksa duduk di meja hadapan setiap kali peperiksaan utama di zaman persekolahannya kelak.
Tambahnya lagi, "Setiap kali keputusan peperiksaan ditampal di papan kenyataan, nama yang bermula huruf A akan berada di atas sekali. Jadi saya tak perlu tengok satu-satu nama yang ada sebab nama anak saya akan berada di atas sekali. Saya hanya perlu pandang arah atas sahaja."
Baca artikel penuh di sini.
6. Tidak pernah merasa memakai jubah konvokesyen sendiri, ramai tersentuh hati bapa ini nak 'pinjam' jubah anaknya
Menerusi satu perkongsian video di laman Twitter, Aiman Hamizan yang telah bergelar graduan pemasaran di Kolej Damansara Utama (KDU) merakamkan gelagat bapanya mengenakan jubah konvokesyen dia. Difahamkan, bapanya telah meminta untuk dipinjamkan jubah itu kerana tidak pernah merasa memakai jubah konvokesyen sendiri.
Ekoran daripada itu, ternyata ramai warganet yang tersentuh dengan video tersebut dan masing-masing mengucapkan tahniah kepada Aiman di samping memuji 'kecomelan' bapanya.
Baca artikel penuh di sini.
7. Kagumnya suami ini tolong bantu uruskan hal-hal rumah tangga ketika isteri sedang dalam pantang
Menerusi perkongsiannya, wanita yang menggunakan nama Siti Nor Q itu telah menceritakan cara suaminya menguruskan hal-hal rumah tangga termasuklah menyediakan barangan berpantang isteri, menyiapkan anak-anak, memasak, dan banyak lagi.
Ternyata bertuah sungguh wanita yang baru sahaja bersalin anaknya yang keenam itu kerana meskipun memilih untuk berpantang secara sendiri, dia mempunyai seorang suami yang sangat memahami sehinggakan ramai mula melabelkan suaminya sebagai 'anugerah Allah SWT'.
Baca artikel penuh di sini.
8. Comelnya adik bongsu ini muncul juara dalam ‘pertandingan’ paling kerap balik kampung
Sebenarnya, pertandingan tersebut hanyalah 'inside joke' di antara wanita yang dikenali sebagai Cik Idayu itu dengan adik-beradiknya.
Bapa mereka merupakan seorang yang sangat detail dan teliti sehinggakan jadual kepulangan anak-anaknya ditulis dalam sebuah buku lejar. Bukan itu sahaja, bapa mereka turut menyimpan semua sijil rasmi adik-beradik itu seperti surat beranak dan lain-lain dalam sebuah fail.
Baca artikel penuh di sini.
9. Makcik 'cleaner' dapat surat terima kasih dari budak darjah 3 ini buat ramai tersentuh
Menerusi satu perkongsian, Khairunnisa Afifah telah meluahkan rasa terharunya pada seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang juga merupakan seorang murid di sebuah sekolah kebangsaan jenis cina (SJKC).
Kanak-kanak itu telah mengutus sepucuk surat terima kasih kepada ibu Afifah kerana sentiasa memastikan tandas di sekolahnya bersih. Sebelum ini, kanak-kanak itu turut memberikan ibu Afifah biskut oat crunch menunjukkan penghargaannya.
Baca artikel penuh di sini.
Last but not least, ibu tunggal ini berjaya didik 16 orang anak sampai masing-masing sehingga ke menari gading. Kudos ibu!
Seorang pengguna Facebook, Widyana Ali, baru-baru ini telah berkongsikan satu kisah menyentuh hati tentang ibu mentuanya yang cekal membesarkan 16 orang anak di samping menjaga suaminya yang lumpuh. Meskipun hidup susah, namun ibu hebat itu mampu membesarkan anak-anak secara sendirian sehingga masing-masing berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Kata Widyana, "Ini kisah survival keluarga suami saya. Saya copy & paste untuk bagi semangat kepada ibu-ibu yang tengah struggle. Kita ibu bapa di zaman yang penuh cabaran ni kena ambil pengajaran dari kisah mereka. Solat jemaah kena betul-betul jaga supaya tenang hidup di dunia dan akhirat."
Baca artikel penuh di sini.
Semoga 2020 akan menjadi tahun yang lebih gembira, positif dan menguntungkan buat kita semua. Selamat tinggal 2019!