seismik

"Spek Dah Rosak" - Netizen Berpusu-Pusu Bantu Pelajar Ini Tempah Spek Baru. Terharunya!

Baiknya hati semua orang. :')

Cover image via Twitter @ekaldowski

Setiap orang di dunia ini mempunyai ujian yang berbeza diberikan oleh Allah SWT. Namun, masalah itu bukan saja-saja diberikan olehNya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Moon Doggies

Setiap orang pasti pernah merasai pahit getir dalam kehidupan seharian selama mana mereka sudah hidup di muka bumi ini. Sememangnya dalam kehidupan ini, seringkali manusia merasakan jatuh bangun. Namun dengan adanya dorongan dan semangat untuk bangkit, pasti semuanya akan menjadi lebih mudah dan tenang.

Sebab itulah jika anda melihat seseorang itu sedang menghadapi masalah dalam kehidupan, cubalah sedaya-upaya untuk menghulurkan bantuan atau memberikan motivasi supaya mereka kembali bangkit.

Pahala pun anda akan dapat. Memang tak rugi.

Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter @ekaldowski yang meminta bantuan orang ramai supaya memberikan derma untuk dia tolong rakannya di sekolah

Kasihan sungguh. Insan yang tidak bernasib baik ini dikatakan telah menggunakan spek mata tersebut untuk kegunaan seharian walaupun spek tersebut sudah tidak berfungsi dengan baik lagi. Namun, akibat kekangan wang Ringgit, dia tidak mampu menggantikan spek kepada yang baru.

Hidup sebatang kara dan tidak berduit. Ahli keluarga pula telah meningal dunia akibat kemalangan. Kesiannya...

Masih mengelap spek walaupun dia tahu ianya sukar untuk digunakan.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai yang sudi untuk menghulurkan bantuan. Baiknya semua orang! :')

Alhamdulillah.

Ramai juga yang bantu dari segi kewangan, malah berdoa supaya dipermudahkan urusan.

Tak sabar nak tunggu kawan dia update lepas beli spek baru! Apa-apa pun, macam ini baru boleh dipanggil sahabat. :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Leave a comment