"Ayah Takda Apa-Apa Selain Anak-Anak" - Luahan Hati Seorang Ayah Ini Buat Air Mata Menitis
Hargai dan berbuat baiklah kepada orang tua selagi mereka masih ada di dunia ini.
Ayah: Seorang insan yang begitu bermakna dalam dunia ini. Tanpa ayah, siapalah kita.
Tanpa seorang lelaki yang dipanggil 'Ayah', maka kita tidak akan lahir ke dunia ini. Ayah adalah sesosok badan yang sanggup berjuang demi mencari rezeki untuk menyara keluarga yang dibina serta membesarkan anak-anak yang kian meningkat dewasa.
Pelbagai cabaran dan rintangan, masih ditempuhinya dengan cukup sabar tanpa kenal erti penat. Sebab itulah sebagai seorang anak, seharusnya kita menghormati ayah dan jangan pernah berhenti menghargai setiap pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka.
Banyak perkara yang tidak diberitahu oleh seorang ayah kepada anak-anaknya. Kerana mereka hanya ingin anak-anak untuk membesar dengan penuh kegembiraan tanpa kesulitan dan kesusahan hidup.
Mulianya hati seorang insan yang bergelar Ayah.
"Ayah masih pakai baju koyak, kasut pun macam belacan."
Berikut merupakan luahan hati seorang ayah tentang perit getir yang perlu dilalui demi membesarkan anak-anak. Terharu dan sedih.
Seorang pengguna Twitter @anxszafirah telah berkongsi luahan hati ayahnya di laman Twitter miliknya. Apabila dibaca kembali, memang begitu menyayat hati. Ini kerana ayahnya langsung tidak menunjukkan kesusahan yang dialami selama ini.
Perkongsian ini juga turut mendatangkan perasaan sedih, pilu, kecewa dan duka dalam diri setiap pembaca. Mana tidaknya, pengorbanan yang dicurahkan oleh seorang ayah memang tidak dapat digambarkan.
Tweet tersebut telah meraih lebih 8 ribu retweets dan 7 ribu likes ketika artikel ini ditulis. Baca penuh di bawah:
Dia juga mengatakan bahawa ayahnya sering ingin menjadi yang terbaik buat anak-anak. Kini dia sedari bahawa pengorbanan seorang ayah adalah begitu besar buatnya.
Sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang diberikan oleh seorang Ayah. Mereka hanya ingin melihat anak-anak bahagia. Paling penting, jangan pernah mengeluh.
BAHASA:
Tweet pertama: Kanak-kanak sekarang sentiasa menginginkan barangan berjenama dan mewah. Tetapi tolonglah, fikirkan ayah. Yang ingin melihat anda gembira setiap saat dalam hidupnya. Paling teruk adalah, anda tidak boleh ingat bila kali terakhir dia membeli baju baru kecuali baju bundle yang sudah terpakai.
Tweet kedua: Jangan pernah mengadu/mengeluh tentang benda/perkara yang ayah tidak mampu berikan kepada anda, mungkin hanya itulah yang dia miliki. Syukur untuk apa yang sudah ada kerana dalam Al-Quran turut berkata "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" Surah Ar-rahman.