10 Sebab Kenapa 'Changi Airport' Kekal Terbaik Dunia Empat Kali Berturut-Turut
Bila lihatkan senarai ini, harus diakui yang lapangan terbang lain memang ketinggalan.
Baru-baru ini, Lapangan Terbang Changi di Singapura dinobatkan sekali lagi sebagai 'World's Best Airport' buat kali keempat berturut-turut
Nak lagi hebat?
Dalam 10 tahun terakhir, Lapangan Terbang Changi mendapat kedudukan teratas sebanyak tujuh kali, satu kejayaan cemerlang yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana lapangan terbang lain di dunia!
Anugerah ini dinobatkan hasil daripada jumlah undi yang dihantar oleh para pelancong dalam satu survey yang dijalankan oleh firma penyelidikan pengangkutan udara Skytrax. Pengumuman telah dibuat pada 17 Mac lalu di Passenger Terminal EXPO di Cologne, Jerman.
Tak perlu explain panjang lebar, apa kata kita lihat 10 senarai di bawah yang melayakkan lapangan terbang ini untuk menjadi the best in the world:
1. Panggung wayang percuma sepanjang hari sepanjang tahun
Tempoh transit terlalu lama? Tak perlu risau, pengunjung tak akan bosan dengan adanya panggung wayang yang memancarkan filem-filem blockbuster selama 24 jam sehari. Dan yang paling best, ianya PERCUMA!
2. Kolam renang atas bumbung serta bar untuk bersantai
Nikmati pengalaman menyaksikan kapal terbang berlepas sambil relax di dalam kolam renang yang terletak di atas bumbung. Turut tersedia di situ adalah sebuah bar bagi pengunjung menghirup minuman segar sambil bersantai di tepi kolam.
3. Gelongsor indoor tertinggi dunia yang merangkumi bangunan empat tingkat
Lapangan Terbang Changi mempunyai gelongsor tertinggi di dunia yang menjulur dari tingkat empat hingga ke tingkat satu. Bukan saja kanak-kanak, ia juga sesuai untuk dimain oleh orang dewasa. Hati-hati bila bermain gelongsor ini kerana kelajuan meluncur boleh mencecah sehingga 6 meter per saat. Laju!
4. Enam taman berlainan jenis yang begitu hijau, permai dan mendamaikan
Di sini terdapat enam jenis taman yang berlainan iaitu Enchanted Garden, Cactus Garden, Orchid Garden, Fern Garden, Sunflower Garden, dan Butterfly Garden. Bayangkan satu lapangan terbang ada enam taman. Bilangan ini mungkin melebihi bilangan taman yang terdapat pada sesebuah bandar. Ia sememangnya satu tarikan unik yang tersedia di Lapangan Terbang Changi buat pengunjung.
5. Entertainment Deck yang sarat dengan pelbagai hiburan termasuk permainan konsol Playstation 3 dan Xbox 360
Sementara menunggu penerbangan seterusnya, apa kata luangkan masa di Entertainment Deck yang sarat dengan pelbagai hiburan. Dari Playstation 3, Xbox 360, Kinect sehinggalah ke MTV booth yang memainkan muzik video tanpa henti, ia sememangnya sempurna sebagai pusat sehenti bagi menghiburkan hati pengunjung sepanjang hari.
6. Xperience Zone yang tidak henti menayangkan rancangan sukan pada skrin besar
Bagi sesiapa yang minat sukan pula, Xperience Zone adalah tempat yang paling ideal. Di sini, pengunjung boleh duduk sambil menyaksikan rancangan sukan yang disiarkan selama 24 jam sehari, tak kiralah sama ada sukan bola sepak, tenis, atau apa-apa sukan sekalipun.
7. Urut kaki percuma bagi menghilangkan lenguh di kaki
Selepas penerbangan yang panjang dan memenatkan, apa cara yang lebih baik untuk berehat selain urutan kaki? Pengunjung boleh menuju ke salah satu kerusi urut, duduk, letakkan kaki ke dalam mesin, dan terus mula. Mesin pengurut kaki ini akan berfungsi selama 15 minit. Lebih menarik, tiada apa-apa bayaran yang dikenakan.
8. Snooze Lounge bagi sesiapa yang ingin melelapkan mata
Kalau nak datang ke Lapangan Terbang Changi untuk tidur saja pun tak ada masalah. Lapangan terbang ini menyediakan tempat khas yang dipanggil Snooze Lounge untuk para pengunjung berehat atau tidur di atas kerusi malas. Suasana yang sangat tenang di kawasan ini memang sesuai untuk melelapkan mata.
9. Arca Kinetic Rain yang begitu asyik dengan pergerakan harmoni
Arca Kinetic Rain ini merupakan antara tarikan terbaru di Lapangan Terbang Changi yang sungguh menawan dan memukau mata memandang. Ribuan titisan hujan ini boleh bergerak dalam nada harmoni dan berubah susunan pada satu masa ke satu masa yang lain. Kinetic Rain ini juga melambangkan ribuan pengunjung yang datang setiap hari ke lapangan terbang tersebut.
10. Free charging station buat pengunjung yang terlupa bawa power bank
Bateri phone nak habis tapi terlupa bawa charger? Masalah ini tak akan wujud lagi di Lapangan Terbang Changi. Terdapat banyak stesen atau kiosk untuk mengecas phone di merata tempat. Sama ada pengunjung menggunakan peranti Android atau Apple, kiosk ini ada segalanya. Jadi dah tak payah risau lagi.
Tidak hairan lagi kenapa Lapangan Terbang Changi di Singapura ini dinobat sebagai terbaik di dunia. Tahniah kami ucapkan!
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!