seismik

Chef Ammar Naik Angin, Customer Marah Staff Sebab Bagi Keutamaan Untuk Wanita Mengandung

Dekat mana-mana pun memang kena utamakan wanita mengandung kan? Apa lah.

Cover image via @mohdarizan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sejak kebelakangan ini, nama Chef Ammar sering menjadi bualan netizen di Malaysia gara-gara ramai beratur panjang untuk beli nasi Arab di kedainya

Meskipun sudah bertahun-tahun menjual nasi Arab, Ramadan kali ini memberikan aura yang sangat lain buat chef yang berasal dari Palestin itu. Pelbagai dugaan yang diterimanya sejak awal Ramadan lagi, semuanya gara-gara kuasa viral rakyat Malaysia. 

Pernah dikecam menjual makanan dengan harga 'Yahudi' dan ditegur oleh pelanggan kerana tidak dapat makanan setelah penat beratur panjang, kali ini sekali lagi Chef Ammar diuji di bulan puasa.

Terbaharu, tular sebuah video kedainya didatangi oleh beberapa orang anggota polis kerana mereka menerima aduan daripada pelanggan Chef Ammar yang bengang wanita mengandung diberi keutamaan untuk membeli makanannya.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mohdarizan

Terbaik Cheff, kasi ajar sikit..

original sound - Mohd Arizan

Naik angin ada pelanggan biadab marah staf bagi keutamaan untuk wanita mengandung

Menerusi video yang dikongsi oleh @mohdarizan, kelihatan Chef Ammar sedang menjelaskan situasi sebenar kepada anggota polis yang menyerbu kedainya.

Menurutnya, di mana-mana pun wanita mengandung perlu diberi keutamaan. Tambahan lagi, keadaan fizikal mereka lebih memerlukan perhatian kerana ada yang mengidam dan sebagainya.

Chef Ammar juga berkata dia tidak memaksa pelanggan untuk menunggu berjam-jam untuk membeli nasi Arabnya. Itu terpulang kepada hak masing-masing.

Pada akhir video, kelihatan wanita mengandung itu menangis sambil ditenangkan oleh suaminya di belakang kedai Chef Ammar kerana mungkin terguris selepas mendengar aduan pelanggan biadab itu.

"Tindakan Chef Ammar dan staf dia harus dipuji. Kena kasi keutamaan pada perempuan mengandung. Amalan ni diterima di mana-mana termasuk pengangkutan awam" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih sehingga 3.4M views, 347.7K likes dan 5.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut merasa tidak puas hati dengan tindakan pelanggan biadab itu.

Malah, ramai yang mendoakan semoga Chef Ammar terus tabah menghadapi macam-macam dugaan di bulan ramadan ini demi perniagaannya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau tak sanggup nak tunggu, balik jelah. Tak perlu nak marah-marah, buat aduan bagai. Tak ada common sense langsung customer tu ya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: