seismik

Cikgu Kreatif Sediakan Locker Dari Kotak Kasut & 9 Lagi Artikel 'Feel Good' Sepanjang 2022

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk tahun 2023!

Cover image via @md_anuar (TikTok) , @qatarliving (TikTok) , @cekguzul (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Betul lah orang kata, masa memang berjalan dengan begitu pantas. Sedar tak sedar, dah nak masuk tahun baru.

Walaupun tahun 2022 berlalu dengan sangat cepat, pasti banyak perkara yang terjadi kepada setiap orang bukan? Kenangan manis, pahit, suka dan duka.

Tidak lupa juga, pasti banyak berita yang dilihat di media sosial sedikit sebanyak memberikan kesedaran dan iktibar buat kita semua.

Jadi, jom kita throwback semula antara cerita feel good yang kami pernah kongsikan dalam SAYS Seismik sepanjang tahun 2022.

Menerusi video yang di muat naik oleh @cekguzul, kelihatan dia berkongsi kisah ketika dia dan pelajarnya sedang menyusun kotak-kotak kasut.

Tindakan guru itu telah meraih pujian netizen. Malah, dia juga kreatif dalam mendekorasikan kelas supaya menjadi lebih menarik.

Baca artikel penuh di sini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @qatarliving, kelihatan beberapa orang penyokong dari Jepun itu sedang mengutip sampah di sekitar tempat duduk dalam stadium selepas tamatnya perlawanan bola.

Ternyata, video berkenaan tular seluruh dunia dan ramai memuji tindakan bagus oleh penyokong dari Jepun itu.

Baca artikel penuh di sini.

Menerusi video tersebut, wanita itu berkongsi dia telah memohon pelbagai jawatan dalam kerajaan sejak dari tahun 2012 lagi. Dalam tempoh itu, dia telah gagal sebanyak 17 kali dalam peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

"Ada orang tua pesan, siapa yang ada emak lagi dia lah orang paling kaya. keberkatan doa ibu tu tak ada tandingannya. Saranghae omma," tulisnya di kapsyen.

Baca artikel penuh di sini.

Model yang juga merupakan peguam berusia 30 tahun itu baru-baru ini mendedahkan pakaian kebangsaannya yang dihiasi dengan syiling lima sen sebanyak 10,000 keping.

Pakaian unik itu telah mencatatkan rekod dalam 'Malaysia Book of Records' di bahagian kostum yang dihiasi syiling lima sen terbanyak. Pereka fesyen busana tersebut merupakan Sarah Anak Lagong daripada Sarawak.

Baca artikel penuh di sini.

Image via Astro Awani

Menurut sumber, presiden dan Ketua Pegawai Komersial Mattel Inc iaitu Steve Totzke berkata pihaknya akan mengabadikan kereta Proton Saga edisi pertama tahun 1985 untuk dijadikan sebagai diecast Hot Wheels yang pertama.

Model terbaru Hot Wheels itu dijangka mula dijual di seluruh dunia menjelang akhir 2023.

Baca artikel penuh di sini.

Menerusi video tersebut, wanita itu berkongsi alasan yang menyebabkan dia telah jatuh cinta dengan Malaysia.

Dia kemudian berkongsi sebab-sebanya yang antaranya adalah suka akan hujan kerana di negara mereka jarang untuk hujan.

Baca artikel penuh di sini.

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan gadis sedang bersiap untuk pergi ke kelas di sebuah universiti.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang gadis bukan Islam mengenakan tudung semasa hendak pergi ke kelas.

Baca artikel penuh di sini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rawrngggga, kelihatan lelaki itu membuat balloon bouquet untuk isterinya yang akan menamatkan pengajian tidak lama lagi.

Apa yang membuatkan ramai kagum adalah dia membuat semua itu sendiri dan akhirnya menghasilkan jambangan belon yang besar.

Baca artikel penuh di sini.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi kisah anaknya yang ketika itu mahu menyambut hari kanak-kanak sedunia di sekolahnya.

Difahamkan, ia adalah bertemakan kerjaya. Anaknya itu kemudian meminta baju kerja bapanya untuk dipakaikan pada hari tersebut.

Baca artikel penuh di sini.

Menerusi video berkenaan, kelihatan cikgu itu baru lepas makan bersama-sama anak muridnya di restoran KFC.

Apa yang menjadi tumpuan adalah apabila salah seorang anak muridnya itu terlebih rajin. Hal ini kerana, anak muridnya itu basuh semua pinggan kotor mereka sehingga bersih.

Baca artikel penuh di sini.

Semoga tahun 2023 dapat memberikan lebih banyak perkara baik dalam hidup kita semua. Selamat tahun baru buat semua pembaca SAYS Seismik, terima kasih kerana masih bersama kami! <3

Image via GIPHY

You may be interested in: