Tak Malu & Bangga Pakai Baju Kerja Bapa, Kanak-Kanak Perempuan Ini Sentuh Hati Ramai
Bagusnya dik.
Mencari pekerjaan pada zaman kini bukanlah satu perkara yang mudah
Hal ini kerana terlalu banyak saingan untuk mendapatkan sesebuah kerja itu. Disebabkan itu, ada yang masih bersyukur masih mempunyai kerja walaupun ia tidaklah sehebat mana di mata orang.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bangga memakai baju kerja milik bapanya semasa sambutan hari kanak-kanak sedunia telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Bangga dengan pekerjaan ayah, masih mampu menanggung keluarga
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi kisah anaknya yang ketika itu mahu menyambut hari kanak-kanak sedunia di sekolahnya.
Difahamkan, ia adalah bertemakan kerjaya. Anaknya itu kemudian meminta baju kerja bapanya untuk dipakaikan pada hari tersebut.
"Hari kanak-kanak sedunia, tema kerjaya. Aku suruh dia cari baju lain, dia pilih baju kerjaya ayah juga, alahai anak dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal," tulis si bapa di kapsyen.
Kanak-kanak itu memberitahu dia merasa bangga dengan pekerjaan bapanya sebagai pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).
Malah, dia memilih baju berkenaan kerana bangga dengan ayahnya yang menjaga kebersihan kawasan selain mahu menjaga alam sekitar.
"She is very proud of you bang. No matter what job you are doing" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan kata-kata positif buat kanak-kanak tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 451.7K views, 59.4K likes dan 3,116 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!