seismik

Lim Guan Eng: Cukai Baharu Akan Diumumkan Pada 2 November Ini

Pengenalan cukai baharu ini akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2019.

Cover image via Edge Prop

Pengenalan cukai baharu yang telah diumumkan baru-baru ini akan dibentangkan tidak lama lagi iaitu pada 2 November ini

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, juga telah mengakui peralihan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menyaksikan penyusutan pendapatan bersih kerajaan sebanyak RM17 bilion pada tahun ini.

Menurut laporan, cukai baharu ini juga adalah bagi menampung penjanaan pendapatan negara.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Image via New Straits Times

Lim Guan Eng juga berkata, "Sebahagian pengurangan kutipan cukai ini akan diimbangi hasil petroleum dan dividen syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tertentu, selain beberapa langkah lain.

"Ia merangkumi peningkatan hasil Kerajaan Persekutuan menerusi audit dan siasatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi aspek pematuhan cukai.

"Kadar cukai baharu yang akan dikenakan, tinggal dua minggu lagi, sebelum bajet dibentangkan, justeru saya harap Yang Berhormat (YB) Bera sabar sikit, tunggulah seperti rakyat Malaysia," tambahnya lagi.

Ketika menjawab soalan berkaitan aspek penjimatan kerajaan menerusi semakan beberapa projek, beliau berkata bukan semua pembangunan kemudahan demi manfaat rakyat dibatalkan

Beliau turut menjelaskan bahawa langkah pembatalan atau semakan semula hanya tertakluk kepada projek mega yang khususnya tidak mampu ditanggung oleh kerajaan susulan pemindahan bebanan hutang terlampau oleh kerajaan dahulu.

"Projek biasa akan diteruskan tapi mengikut kaedah baharu, iaitu sistem tender terbuka, tetapi kita akan minta pertimbangan pengurangan kos daripada kontraktor. Hal ini kerana kita tahu projek sebelum ini dijalankan secara rundingan terus, membabitkan (kepentingan) kroni pihak tertentu," kata lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini sebab kenapa kerajaan ingin memperkenalkan cukai baharu:

Leave a comment