seismik

"Customer Tak Cukup Duit, Tolong Jap!" - Kata-Kata Wanita Ini Buat Orang Ramai 'Buka Mata'

Jagalah sikit maruah orang lain, janganlah malukan dia macam itu je.

Cover image via Hayati Abu Hassan / Facebook

Cabaran paling sukar buat ibu-ibu yang mempunyai anak kecil adalah ketika membawa mereka membeli-belah. Habis semua barang mereka nak. Pokailah macam ini!

Dapat pula anak yang jenis akan mengamuk atau tantrum jika tidak mendapatkan sesuatu yang diingini, ibu bapa memang kena bersedialah ya.

Kadang-kala, anda hanya membawa wang cukup-cukup untuk membeli barang keperluan. Namun jika bawa anak kecil, ada pula barang 'keperluan' lebih yang perlu dibeli.

Macam-macam ragam anak-anak sekarang. Makin pandai membeli pula. Hehe.

Image via Giphy

Perkara seperti ini juga akan membuatkan anda mengalami masalah tidak cukup wang ketika membayar. Mana tidaknya, anak-anak mula mengamuk dan ambil barangan yang mereka nak.

Kejadian seperti itu telah berlaku baru-baru ini di sebuah kedai menjual barangan keperluan murah. Perkongsian tersebut ditulis oleh pengguna Facebook iaitu Hayati Abu Hassan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via daliagallery.blogspot.com

Melalui perkongsian tersebut, Hayati telah menyuarakan tentang kelakuan juruwang yang bertugas ketika itu dikatakan turut memalukan pelanggan yang tidak cukup wang ketika membayar.

Perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana setiap juruwang seharusnya mempunyai jalan penyelesaian bagi segala masalah atau komplikasi yang bakal diterima ketika bertugas.

Untuk mengetahui lebih tentang apa yang berlaku, baca tulisan penuh di bawah:

Sambil membeli barangan mereka, anak-anak juga turut 'mencari' barangan yang diingini.

Tiba-tiba, sampai di kaunter bayaran...

Gambar sekadar hiasan.

Image via Prof Hafiz

Sewaktu di kaunter pembayaran, orang pun tak berapa ramai. Tak beratur sampai sejam, kira tak ramai la kan. Ada seorang ibu lingkungan 30an dengan dua orang anak di hadapan saya. Seorang mungkin umur setahun lebih, didukung. Seorang lingkungan 6 tahun sedang menanti semua barang mereka di scan.

Apabila jumlah keseluruhan muncul, angka perlu dibayar adalah RM29.++. Si ibu tadi nampak sedikit gelabah mencari-cari lagi duit jika ada di dalam tas. Dengan wajah serba salah, si ibu terus bertanya pada adik cashier yang pada saya berumur awal 20an atau belasan tahun baru habis sekolah.

Ibu : Adik, minta maaf. Boleh tak kalau cancel biskut ni. Saya tak cukup duit. (Ucap ibu ni dalam keadaan serba salah dan agak malu)

Cashier : Tak boleh kak. Kita dah scan.

Ibu : Oh. Saya betul-betul tak cukup duit ni. (Kata lagi ibu muda ni sambil menunjukkan duit dalam tangannya.)

Saya sempat menjeling. Genap RM27.00. Maknanya si ibu ni kurang cuma RM2. Oh saya pun boleh tolong bayar. 

Juruwang tadi turut menjerit untuk panggil rakannya di kaunter hadapan, "Akak, tolong jap, customer tak cukup duit!"

Gambar sekadar hiasan.

Image via eco business

Tapi belum sempat saya menyampuk, adik cashier tadi terus memanggil kawannya di kaunter cashier depan.

Cashier : Akak! Boleh tolong tak. Ni! (Sambil tunjuk arah mesin scan). Panggil adik tu agak kuat. Cashier kaunter hadapan tu yang tengah kalut scan barang pun terus menyoal, "kenapa?"

Cashier : Bukan saya double scan. Customer tak cukup duit! Jawabnya agak keras. Sebal agaknya. Si ibu sebelah saya menunduk. Malu!

Cashier tadi melaung seorang lagi staff lelaki (supervisor mungkin) 
Cashier : Nak reject ni. Customer tak cukup duit! Ibu muda tadi dah merah muka. Tunduk. Saya yang berdiri di sebelah dah menyirap.

Saya : Tak apa dik. Biar saya bayar. Ucap saya sambil keluarkan dompet.

Ibu : Eh tak payah. Pantas dia gelengkan kepala sambil memandang saya.

Cashier : Tak apalah kak. 

Rupa-rupanya memang boleh untuk cancel apa-apa pembelian walaupun sudah di*scan*. Proses pun tidak sesukar yang disangka pun.

Oh rupanya supervisor lelaki yang dia panggil tadi sangat pantas sampai di kaunter. Terus dia masukkan kod, terus urusan cancel barangan tadi selesai.

Saya : Oh, boleh je cancel rupanya. (Maaf agak sinis ayat saya)

Ibu muda tadi hulurkan duit, angkat barang dan terus keluar. Anak kecil dalam dukungan menangis mahukan biskut yang dah dicancel tadi. Tapi si ibu berjalan terus tak menoleh lagi. Kemudian sampai giliran barang saya discan. 

Adik cashier tadi mula scan satu persatu. Tapi wajahnya sedikit masam. Hm... It's ok. Saya pun ambil langkah diam.Tiba-tiba...

Cashier : Saya memang boleh cancel barang tadi kak. Tapi bila terlalu banyak saya cancel dalam sistem, nanti saya yang kena.

Saya : Iya, memang betul dik. Tapi dalam kes tadi mungkin awak kena lebihkan empathy. Orang tu cakap dia tak cukup duit kot adik. Tak boleh ke awak sensetif sikit situasi dia?

Reaksi pelanggan lain yang sedang beratur sebenarnya langsung tidak patut kerana mereka turut menyalahkan wanita tersebut kerana tidak membawa wang yang cukup

Customer lelaki belakang saya : Berapa ringgit dia tak cukup?

Saya : 2 ringgit je encik.

Customer lelaki belakang saya : Oloh. Dia tak kira ke duit dia sebelum mari sini?

Saya : Anak ambil la tu kot encik.

Customer lelaki belakang saya : Oh Salah dia la macam tu.

Eh. Berdesing pulak rasanya bercakap dengan orang buta perut ni.

Saya : Bukan isu salah sesiapa encik. Orang tu tak cukup duit. Tolong la simpati dan sensetif situasi dia. Dia minta cancel je kot. Maruah dik. Fikir la maruah orang tu sikit. Ni awak cakap kuat-kuat, nak cancel dia ni tak cukup duit. 2 kali awak cakap. 

Kuat pulak tu. Maruah orang tu dik. Kalau duit dia cukup takde nye dia nak cancel. Kena ingat dik, orang takde duit ni, sensetif dia lain macam.

Saya bercakap sambil memandang tepat ke muka cashier tu, dengan pantas saya ambil baki duit dan tinggalkan cashier dan encik customer belakang saya terkulat-kulat di kaunter.

"Benda boleh cancel, kenapa nak halang?"

Kata-kata wanita ini kepada juruwang tersebut sedikit sebanyak mampu 'membuka mata' orang ramai untuk tidak cepat menghukum dan menyalahkan seseorang.

Saya tak kisah kalau customer yang nak cancel sesuka hati sebab gedik nak pilih barang hijau atau biru kemudian reject salah satu lepas scan. Ini boleh kita bo layan.

Tetapi, kalau yang datang tu menunduk dengan muka serba-salah minta cancel barang yang dia ambil dengan alasan duit tak cukup, TOLONGLAH bantu dia. Bantu cancelkan barang tersebut. Saya percaya ibu tadi betul-betul tak cukup duit. Seorang ibu takkan tinggalkan barang makanan di kaunter bayaran hingga anaknya menangis-nangis kerana mahukan makanan itu tanpa sebab. Seorang ibu takkan lakukan itu jika dia masih punya duit!

Saya mengerti jika adik cashier tadi kurang empati dan sensetif. Dari riak muka, adik ni masih muda. Mungkin baru masuk ke alam kerja. Belum mengerti sepak terajang dunia DEWASA. Belum pernah ada pengalaman rasa tiada duit, dihina bagai tiada maruah dalam keadaan perut lapar. Adik mungkin belum pernah rasa.

Jika tulisan ini sampai kepada adik, harap fikirkan semula. Semoga akak tadi jadi customer terakhir dalam hidup adik yang jatuh air muka di tangan adik di kaunter pembayaran.

Saya? Don't worry. Saya bukan pejuang kata-kata bodoh 'customers is always right'. Saya juga bekerja berhadapan secara langsung dengan masyarakat. Saya tahu tahap kebodohan yang kadang kita terpaksa hadap.

Tapi, saya selalu tidak berkompromi untuk menghajar orang yang tidak sensetif dan kurang ajar. Maaf.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca perkongsian trending dan terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: