seismik

Gadis Ini Berjaya 'Conquer' 4 Jenis Syarikat Perniagaan Walau Belum Bergraduasi. Hebatnya!

Terbaik! Semangat macam inilah yang kita inginkan dalam jiwa anak-anak muda. :)

Cover image via Astro Awani

Noorazeaty Maulad Mohd Khalif atau Zety, 25, merupakan seorang pemilik untuk 4 buah syarikat berstatus 'enterprise'

Noorazeaty Maulad Mohd Khalif

Image via Astro Awani

Gadis muda ini dikatakan telah menyahut cabaran untuk memasuki dunia perniagaan walaupun usianya baru 25 tahun dan yang paling mengejutkan, dia masih belum bergraduasi.

Zety juga telah dididik oleh keluarganya untuk mula berniaga seawal usia 8 tahun dan sehingga kini dia masih berusaha untuk melakukan sesuatu pekerjaan tanpa kenal erti mengalah.

Ilmu perniagaan yang diterima juga telah dicurahkan oleh ahli keluarga yang tidak pernah berhenti memberi tunjuk ajar buat Zety supaya menjadi seorang yang 'reliable' suatu hari nanti.

Masa yang terluang sering diisi dengan bekerja dan mencari modal untuk berniaga. Hebat sungguh semangat anak muda ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani, Zety juga sering menghadiri sesi latihan dan juga bengkel keusahawanan di Kuala Lumpur. Walaupun dia kini menetap di Banting, Selangor.

Memang jauh, namun perkara itu tidak menghentikan usahanya untuk terus menimba ilmu dan menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya suatu hari nanti.

Zety juga menjelaskan bahawa, "Kalau diikutkan sejak usia 20 tahun, saya sudah berhasrat mahu berniaga. Muncul idea untuk mengusahakan penternakan lembu, malah saya berniat untuk menamatkan pelajaran sehingga diploma sahaja. Tetapi ibu meminta saya meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah, jadi saya tunaikan permintaannya. Dalam masa yang sama, saya bekerja separuh masa."

Permulaan modal untuknya adalah RM3,000 dan kini pendapatan bersih yang diterima setiap bulan kira-kira RM15,000

Zety memiliki jenama Delish Chocolate turut mengatakan dia pernah juga mengalami kerugian sebanyak RM20,000 ketika awal pembabitan dalam dunia perniagaan ini. Namun dia tidak mengalah dan dia kini sangat berbangga dengan pencapaian yang diterima.

"Sebenarnya, sampai sekarang saya masih menanggung kerugian itu. Tetapi tidak mengapa kerana perjalanan saya masih panjang, dan saya anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran."
Zety

Bukan setakat itu sahaja, gadis ini juga bercita-cita untuk mengembangkan perniagaannya ke luar negara dalam masa 5 tahun akan datang. Terbaik!

Berniaga memang menjadi keutamaan buat dirinya, namun Zety juga menjelaskan bahawa pelajaran tetap diutamakan. Dan jika diberi peluang untuk melanjut pelajaran, dia akan terus menimba ilmu dan tidak hanya memikirkan soal duit sahaja.

Zety merupakan seorang pelajar tahun akhir Fakulti Ekologi Manusia juga menambah, "Ilmu membantu menambah keyakinan pelanggan kepada kita, sebab itulah pentingnya untuk belajar."

Zety bukan sahaja mempunyai syarikat penjualan coklat, malah dia juga turut memiliki rangkaian perniagaan lain iaitu percetakan dan agensi pelancongan.

Powerlah!

Image via Gifer

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: