seismik

Dapat Inspirasi Daripada Filem Tamil, Lelaki Ini Tawar 'Teksi Percuma' Kepada Wanita Hamil

Raveendran tetap memberikan 'free ride' kepada golongan itu walaupun semasa PKP baru-baru ini.

Cover image via The Star

Filem Tamil yang disiarkan di televisyen dan dijual dalam bentuk VCD kebanyakannya berasal dari India

Walaupun terdapat perbezaan budaya antara negara, namun cara kehidupan dan rentak masyarakat yang dipaparkan sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan kehidupan masyarakat di Malaysia.

Image via GIPHY

Tema-tema yang diketengahkan adalah berunsur nasihat, perpaduan, sinis, serta pelbagai unsur lain yang memberikan kesan positif kepada masyarakat kita hari ini.

Namun begitu, baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang pemandu teksi yang menawarkan free ride kepada wanita hamil atau ibu yang mempunyai anak kecil. Perbuatannya itu hanyalah semata-mata kerana mahu mengambil inspirasi daripada sebuah filem Tamil.

Menurut laporan, lelaki yang dikenali sebagai P. Raveendran itu menjadi pemandu teksi sejak 2016 lagi. Malah, dia telah menawarkan perkhidmatan percuma selama hampir satu tahun setengah sehingga kini.

Image via The Star

Bahkan, dia tetap memberikan perjalanan percuma kepada golongan itu walaupun semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Hingga pada satu ketika dia hampir-hampir tidak dapat menawarkan perkhidmatan itu namun dia tetap tidak putus asa dan juga tidak pernah meminta tambang daripada penumpang tersebut.

Malah, Raveendran juga melakukan pusingan sebanyak tiga kali seminggu ke unit bersalin di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk menawarkan pertolongan sekiranya terdapat wanita hamil memerlukan pengangkutan.

Bekerja dari jam 7 pagi hingga 7 malam setiap hari, Raveendran mengatakan bahawa dia akan memperoleh antara RM100 hingga RM150 setiap hari

"Hidup ini bukan soal wang. Walaupun perniagaan perlahan semasa PKP," ujarnya.

Namun, dia mengatakan bahawa lebih senang untuk menawarkan perkhidmatan percuma saja kepada golongan tersebut.

"Ini adalah sumbangan saya kepada masyarakat," katanya.

Raveendran mengatakan bahawa, dia mendapat inspirasi daripada filem blockbuster tahun 1995 iaitu Baasha. Itulah pertama kali yang mencetuskan ideanya untuk menawarkan perkhidmatan percuma berkenaan.

Rajinikanth (kiri) dalam filem Baasha.

Image via IMDb

“Semasa kecil, saya masih ingat menonton filem Baasha yang dibintangi Rajinikanth sebagai pemandu teksi roda tiga automatik.

"Saya menikmati filem penuh aksi, tetapi satu perkara menonjol ialah pelekat di belakang teksi itu yang mengiklankan perjalanan percuma untuk wanita yang hampir bersalin.

"Saya mula berfikir dan ingin melakukan perkara yang sama suatu hari nanti," katanya.

Matlamat itu akhirnya berjaya dicapai setelah Raveendran bercuti ke India bersama isteri dan rakannya pada Disember 2018

Di India, Raveendran terkejut melihat banyak kenderaan dengan pelekat yang menawarkan perjalanan percuma kepada wanita hamil.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Olacabs

Ini mengembalikan hasratnya yang lama untuk melakukan perkara yang sama.

"Kali ini, idea itu tersekat dan saya bertekad untuk memulakan perkhidmatan serupa ketika kami pulang."

Jadi pada bulan Februari tahun lalu, dia mula menawarkan perjalanan percuma bukan hanya bagi wanita yang hampir bersalin, tetapi juga untuk semua wanita hamil.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi perkongsian menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: