seismik

‘Kasut Dari Ayah’ - Wanita Sebak Ayahnya Beri Hadiah Kasut Bayi Miliknya Ketika Kecil Dulu

Terharunya!

Cover image via Twitter @farahsyaza

Pada setiap majlis perkahwinan, pasangan pengantin seringkali akan menerima hadiah daripada kenalan serta keluarga terdekat

Image via Wedpedia

Antara hadiah yang sering menjadi pilhan tetamu untuk diberikan kepada pengantin termasuklah set pinggan mangkuk, barang perkakas rumah dan lain-lain.

Bagi mereka, selain boleh digunakan untuk jangka masa yang lama, hadiah juga boleh dianggap sebagai tanda ingatan serta keikhlasan buat si pengantin.

Bahkan apa yang lebih penting, ia sedikit sebanyak mampu membantu pasangan pengantin untuk melalui kehidupan berumah tangga.

Namun seperti perkongsian wanita ini, dia telah menerima sebuah hadiah yang mempunyai nilai sentimental daripada seseorang yang sangat penting dalam hidupnya

Dalam perkongsian yang dibuat pengguna Twitter bernama farahsyaza ini, dia berkata dirinya telah menerima hadiah berupa kasut daripada ayahnya ketika majlis bertandang 8 tahun lalu.

Menurut wanita ini, kasut itu merupakan kasut yang telah dipakai olehnya sewaktu kecil dan 'hadiah' itu pada mulanya hanya diletakkan di dalam sebuah kotak kecil yang dibalut dengan kertas A4 tanpa sebarang nama.

Sejak ia dikongsikan, kisah tersebut telah mendapat lebih daripada 5 ribu RTs.

Bagi perkongsian penuh, boleh teruskan membaca di bawah:


Cerita wanita ini, dia pada awalnya menyangka bahawa hadiah tersebut adalah sebiji kamera memandangkan ia diletak di dalam sebuah kotak kamera digital.

Namun sangkaannya meleset apabila barang yang terisi di dalam kotak itu adalah sepasang kasut yang dipakai olehnya ketika kecil.

Apa yang lebih menyentuh hati, di dalam kotak itu turut disertakan sepucuk surat daripada ayahnya dengan kata-kata yang sungguh mengharukan sehingga membuatkan dirinya sendiri merasa sebak.

Di dalam thread tersebut, wanita ini berkata hadiah tersebut tetap akan disimpan sehingga bila-bila meskipun perkahwinannya sudah tamat ketika ini.

Wanita ini dalam pada itu turut berkata, dia akan menurunkan kasut tersebut kepada zuriatnya jika diberikan rezeki kelak.

Terharunya baca kisah wanita ini. Tidak ada yang lebih berharga melainkan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lebih banyak di SAYS:

You may be interested in: