seismik

Didakwa Perlekeh Isu 'Work-Life Balance', Janna Nick Lagi Sekali Dikecam & Diperli Netizen

"Used to find her annoying but can’t remember why. It’s nice to be reminded" - Netizen.

Cover image via @studiosembang (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang yang sudah bekerjaya pasti akan mengalami krisis work-life balance betul tak?

Memang tidak mudah untuk kita mempunyai keseimbangan kehidupan apabila tekanan kerja semakin hari semakin banyak.

Jika tidak kuat mental dan emosi, ia boleh menjejaskan kehidupan seharian serta orang sekeliling kita.

Namun baru-baru ini, pelakon wanita terkenal iaitu Janna Nick telah mendapat kecaman daripada netizen gara-gara berkongsikan pandangannya mengenai work-life balance dalam program Studio Sembang yang dihoskan oleh Amelia Henderson.

Lihat video penuh itu di bawah:

Berpendapat jika seseorang itu masih belum mencapai matlamat, jangan pernah terfikir untuk ada work-life balance

Menerusi klip berdurasi 59 saat itu, kelihatan Janna Nick berkongsi pengalamannya sebagai anak seni tentang isu work-life balance.

Menurut Janna, dia sendiri baru mendapat work-life balance hanya selepas umurnya mencecah 28 tahun.

"I'm not saying this untuk berlagak or showing off, no. Aku nak cakap yang I can relax a bit after I already secure certain things in my life. Kalau first goal in your life pun kau belum achieve, you don't ever think of having work-life balance. Unless, mak ayah kau kaya atau kau memang nak kahwin lelaki kaya, then you can do that," katanya.

Malangnya, pendapat Janna telah menerima kecaman ramai kerana dia dikatakan memperlekehkan orang lain yang masih struggle untuk ada work-life balance.

Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 2.2M views, 2.1K likes dan 4.8K quotes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka yang berbeza

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Sementara itu, ini pula komen Amelia Henderson mengenai isu hangat tersebut

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: