seismik

Kenapa Elaun Kritikal Penting Untuk Golongan Profesional? Doktor Ini Ada Penjelasannya!

Setiap sen itu sangat bermakna bagi mereka.

Cover image via Twitter @junakarma

Kerajaan telah membuat pengumuman untuk memansuhkan bayaran insentif perkhidmatan kritikal kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang menyertai perkhidmatan awam bermula 1 Januari 2020

Memetik laporan Malaysia Kini, bayaran insentif perkhidmatan kritikal itu merupakan satu daripada sembilan elaun yang akan dihentikan pembayaran oleh kerajaan, termasuk elaun hiburan kepada setiausaha sulit, dan insentif kecekapan berbahasa Inggeris.

Susulan itu, ramai tidak bersetuju dengan pemansuhan tersebut memandangkan jumlahnya iaitu RM750 adalah besar serta ia perlu memandangkan mereka bekerja tidak tentu masa dan elaun itulah yang membantu mereka. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut sama melahirkan rasa tidak setujunya mengenai perkara tersebut di laman Twitter miliknya. 

Sementara itu, seorang doktor muda dikenali sebagai Juna Karma menulis di laman Twitternya menerangkan kepentingan elaun tersebut kepada penjawat awam sepertinya

Bahasa:

"Sudah hampir pukul 6 pagi dan saya masih tak percaya yang saya memilih untuk berada di sini berbanding rumah. Penjagaan kesihatan bukan lah satu industri. Ia adalah servis kritikal. Bukan untuk mengejar keuntungan tapi demi kesejahteraan negara.

"Adakah kamu ingin ahli keluarga kamu dirawat oleh golongan profesional yang terlebih kerja dan dibayar kurang?

"Satu daripada empat elaun kritikal pekerja ini mendedahkan mereka kepada segala jenis bahaya dan risiko. Tak mahulah bagitahu berapa banyak kali golongan profesional ini harus menghidupkan kembali pesakit HIV dan AIDS serta merawat mereka.

"Merawat pesakit TB dan juga segala jenis jangkitan yang mereka terdedah tapi kemudiannya tidak dihargai.

"Satu lagi kriteria ialah profesion yang dipilih harus berada dalam bidang kepentingan sebagaimana ditentukan Kerajaan di mana ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan negara. 

"Nampaknya, sistem penjagaan kesihatan tidak lagi penting," tulisnya kesal. 

Dia juga turut menerangkan secara terperinci mengenai 4 kriteria elaun kritikal tersebut

"Profesion itu haruslah mempunyai salah satu di mana terdapat persaingan hebat bagi calon membuatkan Kerajaan perlu menarik semula insentif itu bagi mencari yang terbaik. 

"Profesion itu seharusnya mempunyai kemahiran dan kepakaran khusus dan ia terdedah kepada pelbagai jenis bahaya dan juga risiko," jelasnya lagi. 

Tambahnya lagi, dia turut kesal apabila soal penjagaan kesihatan tidak dianggap penting di negara ini

Bahasa:

"Negara lain sibuk jaga golongan profesional mereka. Tak tahulah kenapa kat sini terbalik terbalik pula, sibuk nak potong itu ini. Lepas itu, bising kenapa golongan profesional muda tak nak kerja dengan Kerajaan, tak nak balik Malaysia.

"Saya kelirulah, apa yang kamu semua jangkakan? Tiada ada di sini.

"Tak makan, tidur tak tentu, stres sepanjang masa, asyik terlebih fikir, kerja berlebihan dan kurang kasih sayang. Kepenatan teramat sangat. Itu adalah kehidupan seharian saya. Saya perlukan pelukan. Ececey, dah jadi lain pulak dah," tulisnya lagi. 

Perkongsiannya itu turut membuka mata banyak pihak yang mungkin kurang faham dengan tugas golongan profesional ini. Malah ada juga yang memberikan sokongan kepada doktor tersebut.

Menggalas tugas sebagai golongan profesional ini bukannya mudah. Mereka mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap orang ramai.

Oleh itu, kita sepatutnya memberikan penghargaan kepada golongan-golongan ini. Apa-apapun, good job!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: