seismik

Lebih 11k 'Shares', Lelaki Ini Terangkan Sebab Doktor Menekankan Soal Pengambilan Vaksin

Take note semua. Vaksin sangat penting ya.

Cover image via Amirul Azmeer Asmadi / Facebook

Isu perbualan orang ramai yang kian hangat dibincangkan adalah mengenai golongan anti vaksin. Tanpa disedari, apa yang mereka lakukan ini sememangnya berbahaya.

Namun, antara sebab kenapa orang ramai tidak mahu mengambil suntikan vaksin ini adalah kerana mereka terlalu selesa dengan keadaan mereka dan bagi memastikan keturunan mereka bebas daripada 'bendasing'.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Tahukah anda kenapa setiap doktor zaman sekarang bersungguh-sungguh mengambil berat tentang betapa pentingnya suntikan vaksinasi ini?

Kerana mereka belajar daripada sejarah dan bimbang jika penyakit yang pernah menyerang dahulu, datang lagi.

Seorang pengguna Facebook iaitu Amirul Azmeer Asmadi telah berkongsikan tentang contoh-contoh penyakit yang telah membunuh jutaan nyawa namun masih boleh diselamatkan atau dicegah melalui suntikan vaksinasi ini

Amirul Azmeer Asmadi.

Image via Amirul Azmeer Asmadi / Facebook

Perkongsian ini bertujuan bagi membuka mata orang ramai untuk memahami betapa pentingnya suntikan vaksinasi (imunisasi) ini.

Baca penuh di bawah:

Menurutnya, penyakit yang dahulu telah dihapuskan lama (eradicated) kini MUNCUL KEMBALI setelah berpuluh-puluh tahun tak pernah wujud

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Asian Parent Malaysia

Gara-gara imuniti masyarakat yang makin hilang disebabkan pengaruh gerakan anti-vaksin yang semakin melanda negara kita.

Di bawah merupakan antara penyakit yang pernah menyerang suatu ketika dahulu namun ianya dapat diselamatkan dan dikawal melalui suntikan ini:

1. Smallpox

Penyakit yang menyebabkan parut yang sangat mengerikan. Smallpox ini nampak lebih kurang sama macam Chickenpox, tetapi ia lebih mengerikan & telah membunuh RATUSAN RIBU nyawa pada zaman dahulu. Namun ia telah berjaya dibasmi (eradikasi) di seluruh dunia melalui vaksinasi pada tahun 1980 (dengan izin Allah SWT sudah semestinya).

Antara pesakit Smallpox yang sempat direkodkan dalam sejarah.

Image via Amirul Azmeer Asmadi / Facebook

Parut yang diberikan oleh Smallpox sangat mengerikan.

Image via Amirul Azmeer Asmadi / Facebook

Setelah vaksin bagi Smallpox diperkenalkan, penyakit ini menurun dengan mendadak (dengan izin Allah SWT).

Image via Amirul Azmeer Asmadi / Facebook

2. Poliomyelitis

Penyakit yang boleh buat lumpuh separuh badan kepada orang yang dijangkitinya. Ia telah dibasmi di 3 rantau di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu Rantau Amerika, Eropah dan Pasifik Barat. Malaysia telah mencapai status eradikasi Polio (Sifar Polio) pada Oktober 2000.


Poliomyelitis yang menyebabkan kelumpuhan.

Image via Amirul Azmeer Asmadi / Facebook

Lumpuh di anggota penting.

Image via Amirul Azmeer Asmadi / Facebook

Polio yang pernah melanda di negara India.

Image via Amirul Azmeer Asmadi / Facebook

3. Pertussis

Ataupun turut dikenali sebagai penyakit 'Batuk 100 Hari' atau 'Whooping Cough'. Batuk 100 hari tanpa henti sehingga paru-paru bayi jadi kepenatan dan boleh membawa kepada mati.

Pertussis. Penyakit Batuk '100 Hari' tanpa henti yang boleh kena pada bayi. Terlalu sedih nak tengok.

Image via Amirul Azmeer Asmadi / Facebook

Tonton klip video di bawah:

Ini pula adalah kesan vaksinasi pada Pertussis.

Image via Amirul Azmeer Asmadi / Facebook

4. Kanser Pangkal Rahim

Sehingga kini, terdapat dua jenis vaksin yang boleh melindungi perempuan daripada jangkitan HPV yang menyebabkan kanser servik. Kedua-dua vaksin ini telah terbukti berkesan dalam mencegah jangkitan HPV subtype 16 dan 18, yang menyebabkan 70% keseluruhan kes kanser servik.


5. Kanser Hati

Kanser Hati yang kebanyakan kes berpunca daripada jangkitan Hepatitis B telah berjaya dicegah melalui suntikan vaksin Hepatitis B pada otot lengan. Direkodkan lebih kurang 80-90% daripada mereka yang menerima suntikan vaksin ini akan terhindar daripada risiko mengalami penyakit kanser hati.

Secara keseluruhannya, kadar kematian (mortaliti) penyakit cegahan vaksin dilaporkan telah berkurangan dengan ketara di seluruh dunia

Imunisasi telah menjadikan dunia semakin selamat (dengan izin Allah SWT) dengan menyelamatkan JUTAAN nyawa daripada dijangkiti penyakit-penyakit FATAL (maut) yang BOLEH DICEGAH AWAL.

Tanpa imunisasi, 2-3 juta lagi kanak-kanak & orang dewasa akan mati setiap tahun akibat penyakit poliomyelitis, meningitis, difteria dan penyakit-penyakit cegahan vaksin yang lain.

Sebab itu para doktor begitu bersungguh-sungguh menyarankan ibubapa yang ada anak-anak kecil untuk memberikan suntikan vaksin awal kepada anak-anak mereka. 

Bukan saja-saja. Dan bukan sebab nak dapat duit apatah lagi sebab agenda Freemason. Bukan!

Tapi sebab kami belajar daripada SEJARAH. Sejarah dahulu yang sangat PAHIT untuk diceritakan tetapi kini makin kembali semula disebabkan keengganan sebahagian daripada kita yang begitu angkuh sikapnya.

Tolonglah belajar daripada sejarah ya.

"For those who do not learn history are doomed to repeat it." -George Santayana-

Sejarah membuktikan kesan vaksin terhadap penyakit Polio.

Image via Amirul Azmeer Asmadi / Facebook

Di bawah pula merupakan kesan vaksin dalam sejarah. Dan malangnya, penyakit terdahulu telah muncul semula di Malaysia dengan adanya golongan anti vaksin.

"Those who do not learn history are doomed to repeat it."

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: