seismik

Domino's Pizza Troll Isu 'Kekanda Adinda' Sambil Promosi Menu Terbaru. Serius Bijak!

Kelakar pun ada!

Cover image via Domino's Pizza Malaysia / Facebook

Pada 25 Disember 2018, Dr Mujahid Yusof Rawa menulis satu warkah panjang buat Nurul Izzah Anwar yang membahasakan dirinya sebagai 'kekanda' manakala Izzah sebagai 'adinda'

Image via Facebook

Warkah tersebut menceritakan tentang keresahan beliau dengan keputusan yang telah dibuat oleh Nurul Izzah iaitu meletakkan jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Dr Mujahid menerusi tulisannya berkata beliau tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan Nurul Izzah yang dianggapnya sebagai 'Puteri Reformasi'. Beliau turut berasa amat bangga dengan gelaran itu malah sering menjadikannya inspirasi kepada anak-anak dan golongan muda lain agar mencontohi Nurul Izzah.

Seperti yang dijangka, surat terbuka tersebut berjaya menarik perhatian orang ramai. Baca penulisan penuh di bawah:

WARKAH DARI CORDOVA UNTUK NURUL IZZAH بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم و رحمة الله وبركاته Ke hadapan Adinda Nurul...

Posted by Dr Mujahid Yusof Rawa on Tuesday, December 25, 2018

"Ini bukan menteri agama, ni menteri senggama."

Tak kering gusi baca komen netizen. Ramai menganggap warkah ini mampu menyebabkan 'geli tekak' kepada pembaca.

Sementara isu ini masih hangat, Domino's Pizza Malaysia bijak mengambil peluang dengan marketing nakal mereka

Semalam, 27 Disember 2018, Domino's menerusi Facebook memuat naik sekeping warkah pendek yang turut mengandungi kiasan 'kekanda' dan 'adinda'.

Posting itu dibuat sempena mempromosikan menu terbaru mereka iaitu Butterscotch Bread & Butter Pudding yang dijadualkan keluar pada esok, 29 Disember 2018.

"Kekanda tak boleh makan tanpa memikirkan adinda."

Dinda kanda pergi hanya Seketika cuma Inikan semua demi Masa depan kita Dinda jangan kecil hati, kanda pergi Domino's tunggu Butterscotch Bread & Butter Pudding keluar 29 Disember ni!

Posted by Domino's Pizza Malaysia on Wednesday, December 26, 2018

Netizen yang terhibur turut sama nakal dengan meminta Domino's untuk tidak menaikkan harga mereka, malah ada juga yang meminta pizza percuma!

Menariknya, Domino's cukup rajin melayan komen netizen dan membalasnya dengan cukup sempoi.

Terbaiklah Domino's! #Kipidap

Image via tenor.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

AirAsia pun tak kurang hebatnya!

You may be interested in: