seismik

Dua Bulan Tak Balik Rumah, Lelaki Ini 'Terima Kejutan' Bila Tengok Peti Ais Penuh Ulat

Semua gara-gara elektrik kena tendang

Cover image via Twitter @adib_ozil

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu sememangnya telah membataskan pergerakan orang ramai

Image via Utusan Borneo

Susulan daripada PKP yang lalu, setiap individu tidak dibenar untuk keluar daripada rumah mereka tanpa alasan yang munasabah malah pergerakan juga tidak boleh melebihi radius 10 kilometer.

Dengan erti kata lain, di mana mereka berada sebelum PKP dilaksanakan, di situlah mereka perlu tinggal sehingga mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Justeru, tempoh tersebut mungkin telah menyebabkan berlakunya pelbagai masalah terhadap rumah yang 'ditinggalkan'. Ketika ini, konsep tawakal sahajalah yang perlu diterapkan dalam diri kita.

Begitulah yang berlaku terhadap seorang individu selepas dia pulang ke rumahnya baru-baru ini

Menerusi satu perkongsian yang dibuat pengguna Twitter menggunakan nama adib_ozil ini, dia terkejut apabila melihat kondisi peti sejuk rumahnya yang dipenuhi ulat selepas dua bulan tidak pulang ke rumah.

Kata lelaki ini, dia perasan bahawa suis elektrik utama rumah sudah dimatikan dan ia mungkin ‘tertendang’ disebabkan kilat.

Sejak ia dimuatnaik, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 3.5 ribu retweets dengan hampir 3 ribu tanda suka.

Apa yang lebih melucukan, teman serumahnya pula sempat berjenaka dengan menyatakan bahawa pakaian PPE seperti frontliner perlu dipakai bagi mencuci peti sejuk tersebut

Susulan daripada tweet itu, ramai dalam kalangan netizen 'tidak melepaskan peluang' memberikan tips kepada individu ini bagi mencuci peti sejuk tersebut

Alahai, nak kemas satu hal, bau tu yang kena tahan lebih sikit. Tak apalah, anggap sahajalah dugaan bulan puasa kan?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di sini:

You may be interested in: