Jauhi 5 'Bad Habit' Ini Untuk Elak Daripada Alami Masalah Penghadaman. Take Note!
Bab-bab penjagaan kesihatan jangan dipandang remeh ya!
Pernah tak anda mengalami masalah penghadaman? Contohnya kembung perut, perut rasa tak selesa, cirit-birit atau sembelit?
Sebenarnya semua ini adalah masalah penghadaman yang biasa dan masih boleh dirawat. Tapi, ia boleh bertukar jadi bahaya bila anda mengabaikannya sehingga keadaan menjadi lebih kronik dan menjejaskan kualiti hidup anda.
Sebelum terlambat, kami nak kongsikan 5 tabiat buruk yang anda perlu elak untuk selamatkan usus dan sistem penghadaman:
1. Kurang minum air sebab sibuk
Sibuk sampai tak sempat minum air? Tak elok tau! Kalau anda nak tahu, air sebenarnya membantu melembutkan najis dan menggalakkan peredaran melalui sistem penghadaman. Manakala, serat pula bertindak seperti span dan menyerap air.
Tanpa cecair yang cukup, serat tak boleh melakukan tugasnya dan akan menyebabkan sembelit. Secara purata, anda harus mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari (iaitu kira-kira dua liter). Jangan tunggu tekak rasa dahaga je baru nak minum!
2. Kafein berlebihan ganggu sistem penghadaman
Mengambil minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, kola dan minuman ringan yang berlebihan boleh meningkatkan asid di dalam perut, seterusnya menyebabkan pedih ulu hati bagi sesetengah orang. Kalau anda memang tak boleh berhenti minum kopi atau teh, hadkan pengambilan kepada satu atau dua cawan sehari sahaja.
3. Tiada masa untuk bersenam
Senaman ini bukan setakat untuk kurus ya. Sebenarnya, apa-apa jenis senaman yang meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung memberi faedah kepada penghadaman korang. Ia merangsang otot usus, sekali gus membolehkan makanan diedarkan dengan lebih cekap melalui usus.
Jadi lepas ini anda hadkan aktiviti sedentari seperti bermain permainan komputer atau menonton televisyen. Sebaliknya, lakukan lebih banyak aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari atau menari.
4. Gemar makan daging berbanding sayur
Kalau anda nak tahu, terlalu banyak makan daging berbanding sayur pun boleh menyebabkan sistem penghadaman bermasalah. Ini kerana sistem penghadaman anda memerlukan masa yang lebih lama untuk memproses makanan jenis ini.
Jadi, pengambilan sayuran hijau merupakan amalan yang sangat baik kerana ia adalah sumber makanan yang kaya zat besi, beta-karoten dan mengandungi serat. Kandungan serat dalam sayuran ini boleh membantu memperbaiki sistem penghadaman anda.
5. Kurang makan buah-buahan
Buah-buahan memang sedap! Tapi kadang-kadang tu susah betul nak cari yang dah siap potong dan sedia untuk dimakan. Ini antara sebab ramai di antara kita kurang makan buah. Memandangkan ia sangat baik untuk sistem penghadaman kita, maka pengambilannya amatlah digalakkan.
Kehadiran serat atau fibre dalam buah-buahan ni boleh membantu melembutkan najis dan mencegah sembelit serta mengurangkan beberapa simptom gangguan penghadaman contohnya, buasir dan sindrom iritasi usus.
Kalau nak sistem penghadaman terjaga dan sihat dalam masa yang sama susah sangat nak cari makanan tinggi dengan serat macam buah-buahan ini, kami sarankan boleh ambil minuman kaya serat BonRica.
Anda juga boleh mengamalkan minuman BonRica ini untuk penghadaman lebih sihat!
Kenapa BonRica?
Untuk pengetahuan anda, BonRica ini adalah minuman kaya serat keluaran Spritzer yang sangat sesuai untuk diamalkan terutamanya bagi anda yang ada masalah penghadaman yang lemah. Bagi yang jenis suka makan pulak, pengambilan BonRica setiap hari terutamanya selepas makan mampu memastikan sistem penghadaman sentiasa dalam keadaan terbaik.
Mana tidaknya, dah makan macam-macam makanan berkalori, kenalah bantu perut untuk bekerja dengan lebih mudah.
Minuman kaya serat BonRica ini juga sangat sesuai untuk mereka yang kurang gemar untuk makan buah-buahan, bijirin atau sayur. Dalam setiap botol minuman BonRica mengandungi 6 gram serat bersamaan serat daripada 2 biji epal kecil atau 2 biji lobak merah atau 4 gelas penuh kubis.
Paling menarik, BonRica ada dua variasi iaitu fibre yogurt dan fibre passion fruit. Kalau dah cuba nanti, rasanya sebotol tak cukup! Apa pun kena ingat, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Usus yang sihat adalah satu keutamaan untuk menjalani kehidupan yang baik dan bahagia setiap hari.
Dapatkan info lanjut tentang minuman kaya serat ini di laman sesawang Spritzer BonRica atau ikuti mereka di Instagram Sprizter BonRica
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.