Elfira Loy Dedah Berita Jemaah Haji Meninggal & Dibiarkan Di Mekah Adalah Fitnah
Jangan sebarkan benda tak betul ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita jemaah haji yang meninggal di tanah suci akibat cuaca yang panas
Lebih daripada 500 jemaah haji meninggal dunia dan seramai 2,000 orang dirawat di hospital.
Namun, beberapa hari yang lepas ada individu yang mendakwa jemaah haji meninggal dunia dan dibiarkan di Mekah begitu saja.
Perkara tersebut mengundang perhatian seorang selebriti terkenal, Elfira Loy untuk memberikan pendedahan supaya tidak berlakunya fitnah.
"Video itu boleh mengundang fitnah dan juga membawa perkara negatif kepada para jemaah akan datang" - Elfira
Melalui posting Elfira di laman Instagramnya, dia dilihat memuat naik gambarnya semasa menunaikan haji di Mekah.
Dia juga dilihat berkongsi pengalamannya di sana. Elfira menegaskan jemaah haji di sana dirawat dan ditolong oleh pegawai perubatan di sana. Petugas bekerja dengan keras supaya jemaah haji dapat melaksankan ibadah haji.
Jalan di sana penuh dengan trak makanan untuk diberikan kepada semua jemaah. Tahun ini, mereka juga menggunakan teknologi AI untuk menganalisis tindakan yang paling efektif bagi jemaah haji.
Elfira berharap agar orang ramai tidak menyebarkan fitnah yang tak betul.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!