Estika Medispa Catat Peningkatan Jualan Susulan Pelantikan Hawa Rizwana Sebagai Ambassador Rasmi
Pemilihan Hawa Rizwana dibuat berdasarkan penelitian mendalam terhadap reputasi dan kredibiliti.
Cover image via Estika MedispaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rangkaian medispa kecantikan terkemuka tanah air, Estika Medispa, mencatatkan peningkatan jualan dan kesedaran jenama yang luar biasa susulan langkah strategik melantik pengacara, pelakon, dan usahawan popular, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, sebagai duta rasmi mereka
Langkah berani ini diambil oleh pihak pengurusan Estika Medispa selepas menyedari bahawa persaingan landskap industri kecantikan di Malaysia kini semakin kompetitif, di mana strategi potongan harga atau iklan berbayar semata-mata tidak lagi mencukupi untuk menonjol.
Ketua Pegawai Operasi Estika Medispa, Dr. Mohd Hanafi Abdull Habir, menjelaskan bahawa pemilihan Hawa Rizwana dibuat berdasarkan penelitian mendalam terhadap reputasi dan kredibiliti yang dibawa oleh personaliti televisyen tersebut.
"Kolaborasi bersama Hawa Rizwana telah membawa Estika Medispa ke khalayak yang lebih luas. Hari ini, lebih ramai rakyat Malaysia mengenali kami, dan yang lebih penting, mereka mempercayai kami. Wajah beliau dikenali bukan kerana kontroversi, tetapi kerana kepercayaan, dan itulah nilai utama yang kami cari," ujar beliau.

Hawa Rizwana selektif dalam memilih jenama untuk menjadi duta
Sementara itu, Hawa Rizwana mengakui bahawa jadual kerjanya yang padat menyebabkannya sangat selektif dan tidak mudah untuk menerima sebarang tawaran sebagai duta produk. Bagaimanapun, komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Estika Medispa telah berjaya membuka pintu hatinya.
"Saya tidak mudah untuk menerima tawaran ambassador. Namun, apabila saya mengetahui lebih lanjut tentang Estika Medispa, terutamanya komitmen mereka terhadap kualiti dan kepercayaan pelanggan, saya rasa ini adalah sebuah jenama yang boleh saya wakili dengan penuh keyakinan," kata Hawa.
Kesan daripada pelantikan ini menyaksikan jenama Estika Medispa mula menjadi bualan dalam kalangan wanita Malaysia, sekali gus memacu pertumbuhan trafik pelanggan baharu ke cawangan mereka.
Setakat ini, Estika Medispa telah memperkukuh kedudukannya dalam pasaran tempatan dengan pengoperasian sebanyak 37 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


