seismik

'Face Mask' Jadi Teman Setia, Calon SPM 2020 Mulakan Hari Pertama Exam Dengan Norma Baharu

Good luck buat semua yang menduduki SPM 2020!

Cover image via Bernama

Hari ini, seramai 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020

Dengan suasana negara yang masih berdepan dengan pandemik Covid-19, ia telah menuntut pelajar untuk membawa 'perisai' tambahan mereka iaitu pelitup muka bagi mencegah penularan wabak tersebut.

Pada hari pertama peperiksaan hari ini, calon akan menjawab subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, masing-masing bermula pukul 8 pagi dan 2 petang.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Free Malaysia Today

Peperiksaan dijalankan mengikut standard operation procedure (SOP)

Buat pertama kalinya dalam sejarah kumpulan pelajar Tingkatan Lima termasuk pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) itu menjadi kumpulan pertama yang menduduki peperiksaan SPM dalam pembudayaan norma baharu.

Selain itu, bagi menjamin keselamatan calon sepanjang peperiksaan dijalankan, penyediaan 3,310 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara dilaksanakan mengikut garis panduan dan standard operation procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM), termasuklah proses disinfeksi dewan peperiksaan.

Malah, calon yang didapati positif Covid-19 atau calon yang diarahkan menjalani kuarantin kerana merupakan kontak rapat tidak dibenarkan menduduki peperiksaan dan hanya boleh menduduki kertas peperiksaan yang dijadualkan semula selepas disahkan berada dalam keadaan sihat oleh doktor yang merawat berserta surat pengesahan.

Calon SPM pada hari ini juga merupakan kumpulan pelajar yang telah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan yang memaksa mereka beralih kepada pembelajaran dalam talian menerusi aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype gara-gara penularan pandemik Covid-19.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: