Anak Tiga Tahun Dikecam Kerana Tidak Menutup Aurat, Ini Respon Farah Lee
"Anak saya baru berusia 3 tahun kot?" tulis beliau.
Baru-baru ini, Farah Lee telah meluahkan rasa kecewanya di akaun Instagram milik beliau kerana dikecam oleh netizen kerana anaknya berpakaian tidak mengikut syariat islam
Farah Lee dikecam selepas memakaikan anaknya skirt pendek dan t-shirt.
Beliau terkejut dengan kecaman itu lalu menjelaskan di akaun Instagram miliknya.
"Jangan terlalu cepat mendewasakan kanak-kanak. Kita perlu akur yang kanak-kanak bawah umur tak perlu pakai ikut syariat lagi kan?" luah beliau
Menerusi akaun Instagram milik beliau, Farah menyatakan bahawa dia tidak mahu terlalu cepat mendewasakan anaknya dengan pakaian orang dewasa islam. Lagipun anaknya masih kecil dan perlu berpakaian yang selesa untuk bergerak dan bermain.
Dia menambah lagi bahawa anaknya masih kecil dan seharusnya berpakaian yang selesa untuk bergerak dan bermain. Farah juga menjelaskan bahawa dia tidak mahu terlalu cepat mendewasakan anaknya dengan pakaian orang dewasa Islam.
Post Farah di Instagram itu telah mendapat banyak respon daripada netizen yang bersetuju dengan pandangannya